.:: TARBIYYAH DAN DAKWAH BUKAN UNTUK SI MANJA


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Wrt. Wbkt

Alhamdulillah... .hari ni, Allah mempertemukan penulis dengan  artikel yang menjawab tandatanya di hati kecil selma ini...Asykuruka Ya Robb!! Artikel ini sungguh bermakna buat penulis.. Terimakasih pada penulis sebenar..Dapatlah  penulis  muhasabah diri dalam tafakkur..sebagai pesanan berharga yang menjadi bekalan dalam safar seterusnya .. agar tidak mudah putusasa, mudah lelah  dan .. terus thabat dijalanNya.. Jum !! Taakkur bersama....

DAKWAH TARBIYYAH BUKAN UNTUK SI MANJA


  •  Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas

· Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan,lari ,lompat-lompat,sekejap down,sekejap up,cepat terasa.
· Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join ,yang penat ,bersusah payah elak.
· BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
· BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
· BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat,tidak berkongsi dengan orang lain.
· BUKAN yang cepat mengalah.
· BUKAN yang meletakkan mabit,qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
· BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
· BUKAN yang hanya compare jemaah itu dan ini,yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam harakah itu dan ini jemaah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit,infaq ke jalan Allah.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat ,terpaksa berjalan jauh.
· Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat,mesti naik kereta besar dan mewah ,yang air-cond dan laju.Yang tak nak naik bas,public transport dan yang kena berpeluh-peluh.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
· Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta ,yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah,miskin,dan pakai comot.
· Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,kerja nak beri alasan ini dan itu.Penat,mengantuk,susah,banyak kerja,keluarga tak bagi keluar.

TARBIYYAH bukanlah segala-galanya
Tapi segala bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,orang yang sering beralasan ini,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.

sumber: ehsanhalim.blogspot
(paparan ini kutemui secara kebetulan)


~~~~~~*****~~~~~*****~~~~~~

Ulasan

Catatan Popular