Berkasih ..pada yg Satu..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام  عليكم ورحمة الله وبركانه
[Buat Puteri2ku yg masih mencari sikap..dalam berKASIH]

"Berkawan biar seribu ..berkasih biar satu"

Ungkapan ini menjadi siulan yang diwarisi sejak dari zaman muda penulis lagi hingglah ke la ni.. penulis hanya mampu tersenyum kambing..sebab seusia remaja penulis , sememangnya amat takut terjebak dalam panahan "CINTA" membara manusia ni....hehe..selalu mengelak..lebih2 lagi di usia setahun jagung tika itu..ngeri melihat reality episod2 Cinta X halal teman2 sebaya..kakak2 , abang2 seperjuangan di pentas dunia remaja.....Apapun,  penulis sendiri tidak terkecuali bertemu dengan titian itu..  Ya, semua orang akan bertemu dengan titian itu tapi.. tidak memestikan kita untuk terus meniti  atau melaluinya..tanpa meneliti terlebih dahulu kan.. Pasti di situ, ada jalan lain yang lebih rata..lurus dan tak perlukan titian..apatah lagi titian yg rapuh.. Pilihan itu ada di tangan kita sebenarnya.. cuma ..kita memerlukan neraca penimbang yg utuh agar pemutus kepada keinginan naluri basyary(manusia) iaitu 'ingin dikasihi dan mengasihi' itu..terpimpin oleh WAHYU..bukan  NAFSU.. tersalur dengan sistem yg di redhoi untuk menatijahkan terbentuknya baitul muslim yg di redhoi.. memilih WIQAYAH (berhati2/waspada) adalah wasilah yang paling selamat.. Nabi Muhammad saw. pernah menggariskan satu konsep..

"ALWIQAYAH khairun minal  I'LAAJ"
mafhumnya
"Waspada  itu lebih baik dari mengobati.."


Kesejahteraan pada keseluruhan perjalanan baitul muslim bermula dari 'asas yg betul' dengan 'cara yg betul..' ..dengan orang yang tepat(solleh/ah)..pada masa yg tepat..Sesuatu binaan misalnya, jika asasnya rapuh dan lemah ..tidak akan dapat diharapkan keutuhan bangunan itu.. dan pastinya akan turut mengancam kesejahteraan hidup insan2 yg bernaung dan berlindung di dalam nya.. Pun sekiranya binaan itu di diami juga walaupun tiada permit pengesahan yg menyatakan ia sudah selamat diduduki.. atau boleh mula beroperasi.. maka akan timbulllah ..masalah demi masalah..ujian demi ujian.. malah tidak kurang juga ianya bernatijahkan tragedi yg tidak di ingini.. sebagai orang yg bijak, kita sewajarnya belajar daripada fenomena yg waqi' berlaku disekeliling kita..dari alam... belajar dari penglaman2 insan lain..yg telah meniti dan melalui jalan yg utuh atau pun jalan yg rapuh sebelum kita.. Lihatlah hasilnya.. Jadikan pedoman untuk kita meletakkan dasar pada langkah yg bakal kita corak sendiri.. .

Berbalik kepada ' mutiara kata jiwang2' di atas.. rasanya..sudah sampai masanya untuk kita ubah ..kepada yg lebih realistik dan di ridhoi..kan..

"berkawan biar beribu(yg halal)..berkasih pada yg SATU(ESA).."

hehehe...berkahwin/bernikah ??? .. seafdhalnya..dengan pilihan Allah swt(setelah istikharah dan mengambil langkah2 yg terpimpin oleh wahyu ...) hmm.. senang cakap susah buat..?? tak juga.. cuma, perlu tekad dan kefahaman yg sihat dalam hal ni.. pasti selamat .. yakinilah 
"..إن مع العسر يسرى" ...
"ومن يتق الله يجعل  له مخرجا "

Halangan dan tembok besar yg menghalang cinta Nya menempati hati kita secara istiqamah mungkin disebabkan lemahnya hubungan kita dengan Nya..Lemahnya ikatan kita dengan tali hidayahNya...Ilmu semata tidak menjamin kuatnya jiwa..namun iman yg terasuh dan takwa yang terus di asah..itulah senjata kuatnya jiwa..UTUHNYA  CINTA.. tak percaya?? Sila mencuba.. hehe..
Abu Bakar Ash-Siddiq r.a. berkata, 
"Sesiapa yang telah merasakan cinta yg murni kepada Allah dan  RasulNya..ia pun menjadi lalai dari mencari dunia serta menjadi gelisah terhadap semua manusia.."
~~~~~~~~~oooooo~~~~~~~~~

Wahai hati!!..ku harap kau kan tetap setia pada yg SATU.. meskipun DIA menghadiahkan kasih hambaNYA untuk menemani safar sementaramu(secara halal).. Kasih si dia tidak pernah akan sama dengan kasihNYA..namun jika kau terpilih untuk memiliki ke dua2nya..itu anugerah buatmu, namun  lebihkan DIA.. kerana  kita kan kembali padaNYA..tika itu terputuslah kasih si dia..Bersungguh2 lah dalam pengakuan CINTAMU pada Nya...berhati2 daripada munafik dalam bercinta..Lisan kata cinta hanya pada DIA..di hati lain ceritanya..hmmm...

Jum..!! perbanyakkan doa sepertimana sabda Rasulullah SAW..yg bermaksud:

" Ya Allah!! kurniakan padaku rasa cinta(yg tulus) padaMu, cinta kasih kpd  insan2 yang mencintaiMu, dan  jadikan cinta kasih pada Mu lebih aku suka daripada air yg dingin (nikmat2 yg lain)"
Ingin mendidik diri untuk mencintaiNya dengan tulus?? Imam Gazali membuka jalan..Hayati kalam beliau dengan mata hati yang jernih..

"...Makhluk yang paling bahagia di akhirat adalah yang paling kuat cintanya kepada Allah SWT,, kerana akhirat adalah mendatangani Allah SWT. serta bertemu dengan-Nya

Betapa besarnya kenikmatan pencinta apabila mendatangi kekasih nya setelah lama merindukan nya dan berhasil memandang terus tanpa pengganggu..

Bertambahnya CINTA disebabkan dua perkara..

PERTAMA:
 Kosongnya hati dari selain Allah
umpama Gelas yang kosong dari sesuatu..ia dapat di isi dengan yg lain

"Katakanlah.. Allah!! kemudian biarkanlah mereka!!"
(QS.Al- An'am:91)

KE DUA:
Kesempurnaan Maarifat(Mengenali Allah)

Perumpamaan yg PERTAMA bagaikan pembersihan bumi bumi(tanah) dari rumput dan duri..
Perumpamaan ke dua meletakkan benih di dalam bumi(tanah)..
Ia tumbuh dan menghasilkan pohon makrifat iaitu rahmat yang baik..

Allah berfirman..mafhumnya:
" Akarnya kukuh dan cabangnya di langit"
(QS.Surah Ibrahim:24)

~~~~~~~~~~ooooooooooo~~~~~~~~~~

Bibit2 RINDU..

Apabila  telah mantap cinta seorang hamba,timbullah kerinduan kepada KEKASIH,,

Telah diriwayatkan bahawa Aba Darda' berkata kepada Ka'ab (r.a): " Beritakan kepadaku tentang  ayat yg paling khusus di dalam kitab TAURAT!"
Ka'ab berkata bahawa Allah swt telah berfirman..mafhumnya..

" Orang2 yang Solleh telah lama merindui pertemun denganKu..
Sedangkan  lebih besar kerinduanKu untuk menemui mereka"..

Dan Abu Darda' berkata:"Aku bersaksi bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda..
"Dalam khabar2 Daud as. disebutkan bahawa Allah swt telah berkata:
" Ya Daud! sampaikan kepada penghuni bumi-Ku bahawa Aku adalah kekasih bagi siapa yang mencintaiKu, dampingan kpd siapa yang mendampingiKu, teman bagi siapa yang berteman denganKu, Pemilih kpd sesiapa yg memilihKu dan menuruti sesiapa yang mentaatiKu. Apabila seorang hamba mencintaiKu dan Ku tahu itu sebagai keyakinan dari hatinya, maka Aku menerimanya bagi diriKu dan mencintainya dengan kecintaan yg tidak didahului oleh seorangpun dari makhlukKu.Sesiapa yang mencariku dengan kebenaran,ia pun akan mendapatkanKu.Sesiapa yang mencari selain Aku,ia tidak akan menemukan Aku..
...Kemarilah kamu menuju kemuliaanKu dan bertemanlah serta hiburlah dirimu denganKu, nescaya Aku menghibur dan mencintaiMu.. Aku ciptakan tanah para kekasihKu dari tanah Ibrahim khalilKu..Musa yang Aku selamatkan..dan Muhammad pilihanKu.. Aku ciptakan hati orang2 yg rindu dengan cahayaKu dan nikmatnya dengan keagunganKu!!

(di nukilkan oleh imam Gazali dalam kitab Ihya'  Ulumuddin)


Moga ada manfaatnya..
Salam Mujahadah!!
Salam Ukhuwwah!!


Puteri2ku!! Uhibbukunna Lillah..Fillah..

Ulasan

Catatan Popular