Berdusta pada Allah??
Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Untuk laman tafakkur kali ni.. jum hayati bersama.. kenyataan Ulamak di bawah ni..
5 perkara tanda pendustaan kepada Allah swt..
1. Beribadat kepada Allah SWT tetapi melakukan maksiat dengan anggota badannya.
2. Melakukan Ibadat kepada Allah SWT tetapi disertai bidaah dalam ketaatan kepada Allah SWT.
3. Beribadat kepada Allah SWT tetapi Haloba dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain.
4. Menyakini tentang kebenaran Islam tetapi kurang beribadat kepada Allah SWT.
5. Mengaku persaudaraan sesama Islam tetapi tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.
( Tazkiah an-Nufus. m/s: 47 )
**********~~~~********~~~~*********
Saudara2ku!! Putera2 !! Puteri2ku!!
Cuba di renungkan sejenak..
Pertama: Ibadat yang bercampur maksiat
Teliti kembali ibadah solat yg dilakukan.. Bukankah. dalam ibadah solat termateri janji suci.. memberikan ketaataan..hidup mati kita untuk Nya ..di jalanNya..?? Lalu.. kenapa realitynya..tedapat hati2 yg masih terlalu keras untuk menerima hidayah yang telah jelas menmbawa ke syurga?? Masih kelihatan ..kaki2 musolly(orng yg bersembahyang) memilih langkah ke titian rapuh yg bengkok?? Terdapat musolly yang solat berjmaah di masjid siang hari.. malmnya berjamaah di pub2 ?? Tidak kurang sedikit jumlah pak2 haji yang berbaris di kedai TOTO..Masih kelihatan tangan2 musolly yg suka menzahirkan kefasadan dari pembaikan?? Mesih kelihatan pimpinan muslim yg solat .. haloba mentadbir dunia dengan dunia?? Menolak agama?? Mengapa..mengapa?? Sedangkan solat juga adalah pilihan untuk dekatkan diri dengan Tuhan..Mengapa ibadah masih dikotori dgn riyak dan sum’ah?? Bukankah itu tanda dusta ?? pendustaan pada Allah di sebalik ketaatan??
Ke dua: Melakukan bida’ah dalam ibadat
Berleluasa tika ini, perkhabaran tentang ajaran sesat atas nama agama.. di bumi Malaysia yg di canang2kan ke seluruh dunia sebagai Negara Islam.. masih terdapat saban tahun penangkapan demi penangkapan kelompok2 dan jamaah2 yang menjalankan aktiviti sesat ..menambah2kan program2 dan amalan2 yang jelas tidak pernah ada dalil dan nas2 sahih menunjukkan ia adalah datang dari ajaran Rasulullah SAW..
Punca dari semua ni adalah kejahilan agama dan tidak mahu belajar dgn guru Mursyid.. salah pilih guru..salah pilih kawan seperguruan.. salah pilih teman hidup.. ingin memilih ibadah yang paling mudah.. masih mengutanmakan nafsu dari pada wahyu..akhirnya diri tertipu dan termasuk golongan yang melakukan penipuan(pendustaan ) pada Allah SWT dalam ibadah ..Ibadah yang Kosong..malah Tertolak..
Ke tiga: Hasad untuk memiliki rezeki orang lain
Hasad bermaksud merasa sempit dan kurang senang terhadap nikmat yang dikurniakan Allah SWT kpd salah seorang hambaNya, samaada dalam urusan agama mahupun urusan dunia..Sebaliknya mengharap2kan agar nikmat itu terhapus dari orang lain dan hanya dia seorang yg mendapat nikmat itu..
Bukankah,Setiap insan telah ditentukan rezekinya .. sejak di Luh Mahfuz lagi oleh sang Pencipta.. .??
kita hanya mampu berusaha..samaada usaha itu berhasil tercapai bergantung kepada keizinan Allah SWT.. Sebagai pencipta, Allah Maha Tahu bilakah masa sesuai untuk memberikan rezeki yang kita pohon/usahakan.. Allah juga Mahu Tahu ,apakah wajar dan perlu menjadikan permohonan kita(rezeki dn sbgnya) sbg suatu reality berdasarkan sifat penyayang dan sifat Maha Tahunya..
Untk itu tidak wajar..kita merasa loba dgn ketetapan Allah pada orang lain.. cemburu dan hasad dgn rezeki yang Allah beri/tetapkan pada orang lain..lebih2 lagi jika haloba itu merangsang minda untuk berlaku jahat sehingga merampas hak.rezeki orang lain menjadi miliki sendiri (secara tidak halal).. jika ini berlaku .. bukan kah itu bererti kita tidak redha dgn ketentuan Allah buat diri kita ..bererti kita tidak jujur dalam pengakuan kita sebagai HAMBA padaNya??
Ke empat:
Meyakini kebenaran Islam tetapi kurang beribadat kpd Allah SWT.
Kita meyakini hanya Islam DEEN(agama/carahidup) yang terima di sisi Allah SWT.. jelas dalam Firman Allah SWT –yg mafhumnya- :”Sesungguhnya Deen yang di terima di sisi Allah adalah ISLAM”
Insya Allah ,sebagai hamba Allah yg baik .. kita juga mengimani kalam Rabbuna –yg mafhumnya- “ Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia kecuali untuk BERIBADAH( mengabdikan diri ) padaKU” ..
Sewajarnya keyakianan kita ini di sertai dgn menuntut kefahaman beragama dari sumber yang sahih ..agar tidak berlaku amalan2 maupun cara hidup yang bercampur di antara carahidup Islam dan budaya lain daripada Islam.. Sewajarnya, keyakinan ini juga merangsang diri kita untuk memelihara ibadat FARDHU A’IN dan menjinakkan diri dengan amalan2 sunnah ikut pimpinan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Berawaslah kita agar tidak berlaku pendustaan terhadap Allah tanpa kita sedari.. klerana lekanya kita daripada beribadat dan memutlakkan pengabdian kepada Allah SWT. Di sepanjang kehidupan kita..
Ke lima
Mengaku persaudaraan sesama Islam tetapi tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut dngan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT
Allah SWT telah menggambarkan ikatan ukhuwwah yg sewajarnya wujud dikalangan umatnya dengan mencontohi keindahan ukhuwwah anak didik Rasulullah SAW.. Firman Allah SWT -yg mafhumnya- :
"mereka itu berkasih sayang sesama mereka dan bersikap tegas terhadap orang kafir(yg memerangi Islam)"
lalu.. timbul persoalan.. mengapa berlaku sebaliknya.. di akhgir zaman ini.. ?? Sedih..melihat perpecahan ummat Islam sendiri menjadi2 dewasa ini.. bukan saja di kalangan orang kebanyakkan.. penykit ini berleluasa di kalangan pemimpin sendiri..
Islam telah meletakkan hak dan tanggungjwab yang jelas kepada setiap individu muslim terhadap sesama saudara seislam ..yg wajib di fahami..dihayati dan direalisasikan ..di dalam seluruh lapangan kehidupan.. marilah sama2 kita merujuknya dalam kitab2 muktabar..
Wallahu a'lam
~~~~~~
Semoga ada manfaatnya..
Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberkati
hidayah yang dikurniakan kepada kita selama ini..
Bertambah hidayah..bertambah keyakinan..
bertambah amalan yg ikhlas..
bertambah dekat denganNYA..
Ulasan