Ammarah Vs Pemaaf



Lagi ..!! Semasa  tentang Wanita!!

"BAHANA  AMMARAH"

"Apabila Marah menguasai rasa..
kesangsian membuak di dada..
ikatan dgn Nya longgar tak bermaya..
bisikan demi bisikan durjana menjadi kaunselor di jiwa..
hilanglah pertimbangan dan belas kasihan
tersirna cinta semalam dihunus pedang keegoan
isteri jelita hilang seri wajah..
Ya Allahu ..Allah"














مجدوعة الأنف الأفغانية

Gambar Bibi Aisyah diterbitkan dalam majalah time



مجدوعة الأنف الأفغانية
Gambar setelah membuat pembedahan.

~~~:::Cerita di sebalik gambar:::~~~
Bibi Aisyah, seorang wanita afghany yang berkahwin dgn lelaki afghany  di usia 12 tahun lalu  berhijrah meninggalkan keluarga ke Kabul Pakistan bersama suaminya..Akibat perselisihan faham,suaminya  memotong hidung dan telinga Bibi. Dengan tabah tabah hati, Bibi segera berkejar ke hospital dan dapat menyelamtkan diri. Kini Bibi telah memiliki hidung palsu.
~~~~~#####~~~~~

HAKIKAT MARAH

Marah itu
bagaikan api yg tersembunyi di dalam hati seperti bara di bawah batu.

 Marah itu
anugerah  dari Allah di dalam bathin manusia untuk membela diri.(positif)

Ketika marah,manusia terbahagi kepada dua golongan:

Pertama: kurang,hilang kekuatan dan lemah..tiada harga diri. 
Keadaan seumpama ini tercela.. sepertimana maksud daripada kalam imam Syafi'e....
"Barangsiapa yg dibangkitkan kemarahannya, sedangkan ia tidak marah, maka dia adalah keldai.Yang di tuntut darinya adalah bersikap wajar...yg di gambarkan oleh Allah pada para sahabat Radhiyallahu anhum..BERSIKAP KERAS TERHADAP KAFIR (HARBY) dan SALING MENYAYANGI DI ANTARA SESAMA MEREKA" (Q.S. Al-Fath:29)

Ke dua:
Berlebiha2an dan melampaui batas sehingga mengalahkan (menguasai) pelakunya
akibatnya.. tidak dapat dikawal dan dikendalikan ole akal maupun oleh petunjuk syara'.
Kesan pada zahirnya kelihatan buruk..malah bathin nya lebih buruk lagi..
Keadaan ini juga tercela

Kesimpulan : Marah kerana nafsu dan kepentingan diri tercela..sebaliknya marah kerana 
membela kemuliaan agama dan menentang kemungkaran adalah satu kemuliaan.

~~~~~~~~~#####~~~~~~~~~~

KEMARAHAN NABI SAW.  teladan buat kita..

Di riwayatkan bahawa S.Aisyah r.a. pernah marah, lalu Nabi SAW. bersabda:
"Telah datang syaithanmu!"..Aisyah berkata:"Apakah
"Apakah engkau juga ada syaithanmu?? 
Nabi Muhammad SAW menjawab :
" Ya, tetapi aku berdoa kepada Allah sehingga Allah menolongku untuk
melawannya sehingga aku selamat..Maka ia tidak menyuruh 
kecuali dengan kebaikan.."

Sydina Alli berkata:
"Nabi SAW. tidak marah kerana urusan duniawi..
Apabila baginda marah atas urusan membela kebenaran..
tiada seorang pun yg mengenal baginda..
tiada siapa yang dapat menghentikan kemarahan baginda 
sehingga baginda menenangkan dirinya.."

~~~~~~~~~######~~~~~~~~~~~

Perasaan marah akan lahir dalam setiap jiwa insan .. namun, ia tidak boleh diikuti maupun diabaikan begitu saja.. Perasaan ini perlu diuruskan sebaiknya.. Terdapat bebrapa langkah
terbaik untuk mengatasi marah yang bergejolak..

pertama: Mengetahui pahala dari menahan marah, takutkan diri dgn hukuman Allah SWT serta menginsafi bahawa Allah lebih mampu melakukan itu pada hambaNya
Sabda Rasulullah SAW...yg mafhumnya..
" Carilah kemuliaan di sisi Allah SWT." Para sahabat bertanya:"Apakah
itu Ya Rasulullah ? Nabi SAW. menjawab :
"Engkau sambungkan sillaturrahim kpd mereka yang memutuskannya..
engkau memberi kepada siapa yang mengharamkanmu dan bersikap menahan
diri(dari marah yg keterlaluan) terhadap sesiapa yang menganggumu"
"Tidaklah sesorang marah, melainkan dia mendekati jahannam.."

Ke dua: Ingatkan pada diri .. akibat buruk balas dendam, kerana musuhnya juga akan bersedia untuk menganggunya..lalu berterusanlah permusuhan dalam tempoh yg lama.

Ketiga : INsafkan diri..ketika marah, ia menyerupai binatang buas..tetapi apabila pandai mengawal diri, ia pun seperti para nabi dan wali-wali.

Keempat: Banyakkan ucapan TA"AWWUZ  lillah daripada hasutan syaithan..
Diriwayatkan, ketika Sydtna Aisyah marah, Rasulullah SAW memgang hidungnya 
dan bersabda:" Hai Uwaisy!! katakanlah.. doa ini..(mafhumnya..
"Ya Allah, Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku dan lenyapkanlah kemarahan
hatiku.. serta lindungilah aku dari fitnah2 yg mentesatkan..samaada yang nyata maupun yang tersembunyi.."

Ke lima: Tukarkan posisi /keadaan tika marah

Rasulullah SAW bersabda..yg mafhumnya..
" Sesungguhnya marah itu bagaikan bara yg menyala di dalam hati..
Tidakkah kalian melihat kpd pipinya yang membangkak dan ke dua matnya yang 
merah menyala? Oleh itu, apabila seorang dari kamu mengalami hal itu dan dia berdiri..hendaklah dia duduk. Jika dia duduk, hendaklah dia tidur,jika  masih tetap 
begitu, maka berwudhuk atau mandilah..kerana api itu hanya dapat di padam oleh air.

~~~~~~~~~#######~~~~~~~~

Jadilah hamba yg PEMAAF..
Di sebalik sifat PEMAAF ada keutamaan di sisiNya..

Memaafkan adalah perintah Rabbuna.. "MAAFKNLAH!!" (Al-A'raf:166)

Firman Allah SWT ..mafhumnya..:"Dan jika kamu memberi maaf,
maka itu lebih dekat untuk bertakwa"

Sabda Rasulullah SAW..mafhumnya...:
"Tiga perkara..demi Tuhan nyawaku ditangannya..aku bersumpah atasnya..
Tidaklah berkurang sedekah dari harta, selain kemuliaan..maka bersedekahlah!!
Tidaklah seseorang memaafkan kezaliman demi mengharapkan redha Allah,
melainkan Allah menambahinya kemuliaan di hari kiamat.
Dan tidaklah seseorang membuka pintu meminta2,
melankan Allah membuka pintu kemiskinan
terhadapnya..."

Sabda bainda lagi..mafhumnya..
" Merendah diri itu ,tidak menambah pada manusia selain KEMULIAAN..
maka merendahdirilah!!,nescya Allah mengangkat darjatmu..
MAAF itu tidak menambah pada manusia selain KEMULIAAN...
maka maafkanlah!!, semoga Allah memuliakanmu..
Sedekah itu semakin menambah harta, maka bersedekahlah!!
semoga Allah merahmatimu.."


[Ruj: Mukhtasar Ihya' Ulumuddin]

~~~~~~~************~~~~~~~~~~*********~~~~~~~
DOA KETIKA MARAH


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


"ِAku berlindung kepada Allah daripada syaithan yang di rejam"




DOA  MENGAWAL DIRI DARIPADA SIFAT
 PANAS BARAN


اللهم برد قلبي بالثلج والبرد والماء البارد
اللهم نق قلبي من الخطايا , كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس


Maksudnya:' Ya Allah!! sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air sejuk..
Ya Allah!! bersihkanlah hatiku dari dosa2 sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.." 


~~~~~~~********~~~~~~~~~********~~~~~~~~~

Wahai diri !!
 bila sesekali emosi teruji
lalu marah menguasai diri..
pastikan ia selari dgn izin ilahi..
tidak keterlaluan .. tidak memudaratkan diri
jika nakkan kemuliaan di sisi Tuhan..
pilihlah untuk beri kemaafan
walaupun dlm kepayahan..
Ikhlaskanlah..!!"


Salam Mahabbah..Salam kemaafan
Salam Mujahadah ke arah Mardhatillah..
**Sebarkan budaya kasih sayang (halal) dan saling memaafi..**
[ Pada yg TERASA HATI ..mohon keMAAFANnya..
Mungkin dalam ketidaksengajaan ..ada jiwa yg terluka ]

Ulasan

Catatan Popular