A'lim tapi binasa..??

Bismillahirrahmaanirrahiiim..
Assalamualaikum Warhmatullahi Wabarakatuh..

Nabi  Muhammad SAW. telah bersabda..mafhumnya..
"Ilmu itu ada dua jenis:
i)Ilmu pada lisan (Itu adalah hujjah Allah SWT pd makhluknya)
ii) Ilmu pada hati (itulah ilmu yang bermanfaat)"

Saudara2 ku!! Putera Puteriku!!


Waqi' Malaysia kini..menyaksikan kelahiran pesat cendekiawan2 yang terpilih untuk memperdalami ilmu agama..samaada yg masih belajar.. maupun yang telah lahir dari perut institusi2 yang pelbagai..dalam dan luar negara.. Bila balik negara atau balik ke negeri masing2.. di gelar ulamak!! Namun semudah itukah gelaran ULAMAK itu boleh di  capai?? semudah itukah gelaran itu boleh di anugerahkan ?? erm..berat sebenarnya beban tanggapan sebegini..( bagi yang mengalami..)

Saudara2 ku!! Putera Puteriku!!


Laman tafkkur kali ini..
mengajak minda kita menghayati satu hakikat yang di kupas oleh ulamak muktabar Imam Gazali..
berkaitan tentang Ulamak Dunia yang binasa.. mari hayatinya..sebagai persiapan diri agar kita tidak termasuk dalam golongan ini tanpa disedari..

Siapa Ulamak Dunia??


Ulamak Jahat yang menuntut ilmu untuk tujuan mencapai kemewahan hidup di dunia..
sebagai jambatan untuk mendapatkan kemuliaan dan kedudukan di hadapan pemilik2 dunia..

Apa kata Sunnah??
Bagaimana kesudahannya??

sabda Rasulullah saw..mafhumnya..
"Jgnlah kamu belajar ilmu untuk membanggakan  diri kepada para ulamak  ..
untuk berdebat dengan orang-0rang yang jahil(bodoh)..
untuk mengarahkan perhatian manusia kepadamu..
Sesiapa yang melakukan itu, maka tempatnya di neraka.."


""Sesungguhnya manusia paling  berat siksaannya pd hari kiamat
 adalah orang a'lim  yang Allah tidak memberi manfaat kepadanya dengan ilmunya.."

"Sesiapa yang menyembunyikan sesuatu ilmu yang ada di sampingnya, 
Maka Allah akan mengndalikannya dgn kendali dari api neraka"

KEBINASAAN ULAMAK  DUNIA..

Putera Puteriku!!
Hakikatnya.. pemilik ilmu2 rabbany..pendokong ilmu2 ukhrawiy.. tidak terlepas dari dua pengakhiran..
samada pengakhiran yang membinasaan .. atau pengakhiran yang menguntungkan..
Binasa mereka andainya ilmu hanya tinggal ilmu..tidak disertai amal..Ilmu untuk selamatkan diri sendiri..tidak disampaikan pada orang lain..ilmu akhirat digunakan untuk cari keuntungan duniawiy semata( jika seimbang. itulah tuntutan)..apabila ilmunya yang banyak menjadikannya insan  sombong.. berbangga dgn diri sendiri..memperlecehkan orang lain.. 

Imam al- Gazali telah menukilkan dalam kitab Ihya' Ulumuddin.. bahawa...

Sayyidina Umar pernah berkata..
"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku khuwatirkan terhadap umat ini adalah orang munafik yang a'liim"
mereka bertanya," Bagaimana orang munafik  boleh menjadi A'liim??"
Dia lalu menjawab:" A'liim pada lidahnya..Jahil hati dan amalnya"

Abu Hurairah pula menegaskan..
"Cukuplah disebut meninggalkan ilmu..dengan mempersia2kan 
ilmu tersebut.."

Kata Sufyan Ats-Thaury:
"Ilmu itu bersuara menuntut amal.kalau pemiliknya memenuhi (tuntutan)nya..
dia akan tetap tinggal..kalau tidak..dia akan pergi.."

Ibnu Mubarak  menjelaskan..
" Tidak henti2nya seseorang itu a'liim selagi dia mahu menuntut ilmu...Lalu apabila dia menyangka bahawa dirinya benar-banar a'lim, maka dia benar2 bodoh"

Fudhail bin Iyadh berkata..
" Sesungguhnya aku benar2 kasihan terhadap tiga golongan:
Bangsawan yang telah jadi hina..
Orang kaya yang telah menjadi fakir..
dan Orang A'liim yang dipermainkan dunia.. 


 Al-Hassan berkata.." Siksaan Ulamak adalah KEMATIAN  HATI..
sedangkan kematian hati adalah mencari dunia dgn perbuatan akhirat"


Putera2 !! Puteri2ku!!

Bersyukurlah..!! Andai kalian tergolong pilihan Allah..mendokong ilmu yang suci..tafaqquh fiddin..namun beringatlah!! jangan mudah alpa !! A'liim yang hakiki..  semkain banyak ilmu di perolehi  ..semakin terasa jahilnya diri..masih rasa perlu terus mengkaji dan mencari.... tunduk diri..rendah hati..tidak takabbur..tidak mudah gurur.. Siapalah kita .. untuk menganggap diri dah cukup?? sapa kita nak menuding salah pada ibadah ulamak yng syahid di jalan Allah?? Sapa kita bandingan mereka?? Lihatlah ..apa yang telah mereka lakukan pada agama ini.. pada ummat ini.. kita?? apa yang telah kita buat?? Muhasabahlah bersama ku !! Moga kita terselamat dari murka Allah.. terselamat dari azab Allah..  tidak tertipu dalam berilmu.. Terselamat dari laknat Azza Wajalla..

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah 89, bermaksud;
"Maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui ,meraka lalu ingkar ..
Maka laknat Allah ke atas mereka yang ingkar...."


Imam Gazali menukilkan bahawa dalam khabar, Nabi Isa as. berkata..
" Perumpamaan ulamak yang jahat adalah seperti  sebuah batu yang jatuh pada mulut sungai..
Tidaklah dia menyerap air dan tidaklah pula mmembiarkan air lolos menuju  ke arah tanaman.."

Mari fikir2kan!! Moga ada manfaatnya..
sematkan di hati selalu.. ILMU dan KEFAHAMAN beragama adalah ANUGERAH
juga AMANAH !! Tatanglah anugerah ini dengan himmah.. peliharalah amanah ini dgn hikmah!!


Salam Muraqabah!! Salam Muhasabah!!
Mari teruskan mujahadah ..safar ke arah mardhatillah.. 
Jum..Kembali Kepada Fitrah..!!

Ulasan

Catatan Popular