Tips kemanisan baitul muslim..



















Pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan 
yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. 
Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri 
amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam 
sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik 
dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi
setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima 
segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan 
kemanisan tersebut,anda boleh cuba mengamalkan sepuluh 
tips berikut:
1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. 
Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk 
dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda 
akan rasa dihargai oleh pasangan anda.
2. Cincin perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda 
setiap masa. Anda akan berasa dekat
dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam 
atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan 
anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan 
lagi hubungan anda suami isteri.
4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga 
pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. 
Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-
anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda 
perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda 
harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu 
perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, 
berlemah-lembutlah dalam perbuatan 
dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-
kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa 
disayangi.
7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu 
hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulang
tahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiah
kan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka 
akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.
8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak 
ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda 
setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda 
kepadanya.
9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda 
kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan 
perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan 
sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi  
yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih 
belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan 
anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai 
impian tersebut.
Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh 
kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. 
Selamat mencuba!

* petikan dr blog PR

Ulasan

Catatan Popular