Nak Kembali Ke Fitrah??

..sambungan..










Buat jiwa2 yg merintih kerana dosa kelmarin..!!
Buat hati2 yg merintih lantaran maksiat semalam...!!
Kembalilah segera(bertaubat).. pintu maghfirahNya ..
Sentiasa terbuka..
Imam Ghazali  menitip pesan..
Langkah terpimpin menuju Tuhan..
Bersamaku..hayatilah…  realisasikanlah..


“ Jika  anda berminat untuk bertaubat..
Maka buanglah sejauhnya..
minat tuk kembali kpd maksiat..
Pendirianmu..kuatkanlah,
ibadah2mu yg tercicir.. qadhak kanlah ia..
Segera Kembali padaNya..

agar di ampunkan segala.. banyakkan doa..
agar kebaikan diperolehi.. rendahkanlah diri..
 sucikan jasadmu..sucikan ruhmu...di dinihari..
bersunyi2lah bersama ilahi..
letakkan wajahmu ke bumi..
Berbicaralah.. luahkan segala rasa..
Persembahkan setulus CINTA..
Taburkan debu2 tanah di kepala..
Sesali dosa yg liar menjala..


Wahai jiwa Abdi!!
Renungkanlah kekhilafan diri..
Sentapkan dirimu .. bisikkan di nubari...
“ Hai nafsu!! Tidakkah engkau malu pada Robbuna?
masa bertaubat..belumkah tiba ??
menghadap siksaNya..kuatkah jiwa??
murkaNya.. sudah ridho menerima?? “

Setelah itu, angkatlah tangan..
Tundukkan hati..Mohon pedoman..
“ Ya Robby !!
Hamba2Mu yg pergi telahpun kembali ke pintu RahmatMU..
HambaMu yg derhaka telah kembali kepada kebenaran..
Hamba yg berdosa.. datang.. memikul beban kemaksiatan..
Ampunilah dosaku dengan kemurahanMu..
Terimalah  kepulanganku(TAUBAT) dengan kurniaMu..
Pandanglah aku dengan belas kasihMu..
Ampunilah ya Robb.. keterlanjuranku..
pada kehidupan lalu..
peliharalah sisa-sisa hidupku..
Sesungguhnya.. segala KEBAIKKAN..
Ada di tanganMu..
Bagi kami..Engkaulah  Paling Pengasih..Penyayang..
Kapada ummat.."








Setelah semua itu..wahai jiwa abdi..

lazimkan selawat buat junjungan mulia..
Istighfarlah ..sekudusnya.!!
hidayah... peliharalah..
Agar taubatmu bergelar “Nasuha”..
  istiqamah dalam TAAT..
Sehingga ke akhir hayat..”

Ulasan

Catatan Popular