Mengintai hakikat SABAR

Maksud Hadis: Akan datang suatu masa kepada manusia zaman,
yang mana orang yang sabar di atas agama seperti  orang  yang 
memegang bara api


SABAR..SABAR.. SABAR...

Bila disebut saja SABAR, minda terus menghukum.. ada masalah menduga.. ada kesulitan menerpa.. ada fitnah mencuba..ada kegagalan menjelma..ada kerja berganda.. ada kehilangan harta/pangkat/insan tersayang..ada permusuhan bertandang.. dan..dan..dan..




Begitulah fenomena SABAR mengikut fahaman yg diwarisi dalam masyrakat.. terlalu sinonim dgn ‘perkara-perkara buruk yg tidak di sukai’..
APA KATA ULAMAK??
Ulamak tasawwuf mendefinisikan..bahawa Sabar adalah “ketahanan jiwa” seseorang dalam  mengendalikan dorongan nafsu yg seringkali diperkuat oleh tipudaya syaithan untuk melakukan penyimpangan dari jalan Tuhan..

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu(melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (masuk syurga dan bebas dari neraka).(QS.Ali IMRAN:200).

Sebahagian ulamak pula menyatakan ..Sabar adalah proses amalan bathin ..menahan  nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora dan tekanan jiwa agar tenang tidak memberontak..menyekat nafsu dari  rangsangan  amarah,  agar jgn salah bertindak… mengekang nafsu daripada resah- gelisah mendepani mehnah.. tidak redha, sugul atau berduka bila kehilangan.. kegagalan ..keterasingan..kecewa atau putus asa bila  menghadapi kesusahan dan ketidaksempurnaan..

Imam Gazali menyebut dalam kitab ihya’ ulumuddin bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata:
“Kami tidak menganggap iman seseorang sebagai iman jikalau ia tidak bersabar di kala sedang menghadapi gangguan”

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: “Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.”

SABAR  DAN IBADAH
Sabar itu IBADAH...kerana Sabar adalah salah satu tanggungjawab hamba... hak bagi Allah swt..Hayati kalam Rabbuna: 
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu(melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, .”
(QS.Ali IMRAN:200).

Ibadah pula perlukan kesabaran kerana disebalik ibadah terdapat kepayahan perlukan pengorbanan ,kesabaran serta keikhlasan

HAKiKAT KESABARAN
Imam Gazali menyebut bahawa hakikat SABAR itu ada tiga langkah: ILMU, KEADAAN dan AMAL..
Ilmu di dalamnya ibaratkan pokok...keadaannya bagaikan ranting-ranting...dan amalnya bagaikan buah.Dengan mengetahui terdapat maslahat keagamaan di sebalik SABAR, akan melakarkan satu keadaan iaitu motivasi dan kekuatan untuk merealisasikan SABAR.
HIKMAH DISEBALIK SABAR

1) Mencapai kesempurnaan  dan seterusnya mencapai matlamat dalam ibadah/amal.
Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

2) mencapai kejayaan dalam kepimpinan /dakwah
“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk( kpd kaum masing2) dengan perintah kami selamamana mereka bersabar dan mereka yakin dengan ayat-kami”. (QS. AS-SAAJADAH:24);

3) Mendapat penghormatan dan tempat yg baik di syurga
“Mereka itulah orang- orang yang dibalas  dgn (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”.
(QS. AL-FURQAN:75)

4) Mendapat pahala berganda
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sajalah yg akan dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas”. (QS.AZ-ZUMAR:10)

KATEGORI SABAR

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah(di saat awal ujian)

ISTIQAMAH DALAM KESABARAN

DALAM konteks menghadapi ujian (qadha) atau musibah atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan keyakinan  tentang wujudnya hikmah di sebalik musibah itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.. kerana ia mengimani dan meyakini kalam Nabi junjungan
  "apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya..Jika ia amat mencintaiNya,maka Allah mencobanya.."

Untuk MEWUJUDKAN kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.. 

Dan, untuk MEMELIHARA ATAU MENGEKALKAN kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa di sebalik SABAR ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.. dan itu adalah tanda CINTA ALLAH pada hambaNya


Semoga ada manfaatnya..
Semoga kita tergolong orang2 yang SABAR..
Salam mahabbah..
Salam mujahadah....

 Rujukan : Ihya' Ulumuddin/blog pilihan

Ulasan

Catatan Popular