Isteri Sollehah..Bidadari Dunia!!
"Isteri sollehah..bidadari dunia....."
Alam teori..sememangnya mudah di imiginasi..
indah serba serbi.. namun untuk mencapai reality..
perlu ..sejatinya mujahadah..terpeliharanya hidayah..
"Isteri Sollehah..bidadari dunia.. "
memahami... menginsafi..
perkahwinan adalah pautan suci..
saluran terpuji ..menyalurkan nikmat secara berkat..
memelihara masyarakat dari kerosakkan..
memelihara ummah dari kebejatan..
sumber ketenangan buat dua insan ..
dua jiwa bersatu haluan.. ke arah redho Tuhan..
Imam gazali memberikan gambaran ..perkahwinan bagaikan perbudakkan..
Sang Isteri umpama budak..mentaati suami adalah kewajiban..bukan ihsan.. bukan keterpaksaan..
mentaati suami secara mutlak selagi maksiat tidak bertapak..
Isteri Sollehah..sentiasa mendendangkan dalam diri.. kalam penghibur dari Nabi ...
tidak mengeluh dengan keletihan.. tidak merungut menghadapi kesakitan..
dalam mindanya tertanam padu pesan junjungan..
" Wanita2 yg meninggal dunia sedangkan suaminya redho kpdnya..
nescaya dia akan masuk Syurga"
" Apabila seseorang wanita menunaikan solat fardhu lima waktu,berpuasa sebulan ramadhan..menjaga maruahnya dan mentaati suaminya,maka dia akan masuk syurga TuhanNya.."
"Sesiapa daripada wanita yang mengandung, melahirkan, menyusukan dam menyayangi anak2 mereka..lalu tidak ada hal yang mereka lakukan terhadap suami2 mereka..akan masuk syurgalah wanita2 yang memelihara solatnya dikalangan mereka itu.."
Isteri Sollehah menjaga ketaatan pada suami dengan mengmbil iktibar pengalaman sahabiah sebagai muhasabah diri..
.... Diriwayatkan bahawa suatu hari, keluar seorang suami bermusafir dan berpesan pada isterinya untuk tidak turun dari tingkat atas rumah mereka ke tingkat bawah.Ayah wanita tersebut sedang sakit tenat di ruang bawah.Wanita tersebut mengutus utusan kpd Rasulullah Saw. meminta izin untuk turun kpd ayahnya..Bersabda lah Baginda: " Taatlah kepada suamimu".. Lalu meninggallah ayahnya..lalu sekali lagi dia meinta pendapat baginda Saw.. Rasulullah Saw. tetap bersabda.." Taatilah suamimu.." Setelah ayahnya dikebumikan..Rasulullah mengutus pesan..berta baik disampaikan..Berkat dari ketaatan pada suami dari kejauhan... segala dosa ayahnya telah diampunkan... "
Isteri Sollehah.. sentiasa menjadikan keinginan suami sebagai satu keutmaan..
Atsar dari shabat baginda dijadikan pedoman...
Ibnu Abbas meriwayatkan.." Telah datang seorang wanita dari Khats'am kpd Rasulullah saw.

Sehubungan dgn itu, Rasullah menegaskan..
" Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang agar bersujud kpd orang lain tentu aku memerintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak seorang suami yang diwajibkan keatas isteri.."
Wanita/Isteri Sollehah sentiasa memperelokkan persembahan ibadahnya sesuai dengan petunjuk KEKASIH kedua junjungan besar SAW...
.
" Yang paling dekat seorang wanita dengan dzat Tuhannya ..adalah apabila dia berada dibahgian yang paling dalam di dalam rumahnya.. Sesungguhnya shalat perempuan itu, di dalam rumahnya lebih utama(afdhal) daropada solatnya di masjid.. Solatnya di dalam bilik lebih baik daripada solat nya di ruang tamu..dan solatnya di dalam mihda'(sudut kecil yg tertutup) lebih baik daripada solatnya di dalam biliknya.."
Isteri Sollehah..memelihara maruah drinya lantaran dia amat memahami dirinya adalah aurat(tempat tertumpunya pintu2 ujian buat lelaki..) .
Rasulullah menegaskan dalam hadis2 baginda..
" Wanita itu adalah aurat dan apabila ia keluar maka syaithan akan melayangkan pandangannya.."
" Wanita itu memiliki sepuluh aurat ..apabila dia telah kahwin , si suami telah menutup sebuah aurat ..dan apabila dia telah meninggal dunia, kuburnya akan menutup sepuluh auratnya.."
Isteri Sollehah memilih lapar dlm redho Allah dari kenyang dalam murkaNya..
Demikianlah teladan suci dari wanita2 salafussolleh.. tika suami hendak keluar mencri rezeki ,mereka atau anak2 akan berpesan.."Berhati2 dari usaha yang haram..sesungguhnya kami tabah mnghadapi kelaparan dan penderitaan..kami tidak tabah menghadapi neraka.."
......ooo00000ooo......
Saudara2ku para muslimat..
Atas kesempatan terhad hanya ini yg mampu di kongsikan..jika di bicarakan tentang tanggungjawab wanita untuk menjadi isteri Sollehah bidadari dunia buat suami, maka perbahasannya terlalu panjang lagi.. insya Allah ..akan bersambung di kesempatan lain..
-Moga ada manfaatnya-
Salam ukhuwwah..Salam Mahabbah ...Salam Mujahadah..
(ruj: Mukhtshar ihya' Ulumuddin)
Ulasan