AL-KISAH drp MADRASAH ZIKRUL MAUT



KITA DAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan tiba dan berlalu..
Detik-detiknya begitu cemas dan diharungi dengan penuh debaran dan tekanan.Menekan perasaan dan jiwa..
Kedatangannya begitu digeruni,seakan-akan menanti sebuah gunung berapi yang akan meletup..
Tidak di ketahui siapa yang akan ditimpanya.. Tidak semua boleh terlepas..
Setiap dari kita mahu segera keluar darinya...
Dan kesemuanya ...selepas itu..menunggu keputusan, "Siapa yang paling Cerdik??"
Hanya itulah PEPERIKSAAN..
Siapa yang mahu mengambil pengajaran daripadanya??


Rasulullah saw. bersabda:" Orang yang cerdik ialah mereka yangt mencela dirinya sendiri dan beramal untuk selepas  mati, Orang yang bodoh pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan mengharap2 dengan Allah[akan  menyelamat dan memasukkannya ke dalam syurga tanpa beramal] 

Kesemua ini menarik kita untuk sebentar merenung dan melangkah kemadrasah2 yg telah di bina oleh Para Salafussolleh dan telah menggariskan beberapa dustur(prinsip) pd dinding2nya.

Kita masih lagi dapat melihat kpd ABU DARDA' yng menangis ketika berpisah dengan Rasulullah saw, tetapi tiba2 dia ketawa lalu berkata:
" Apa yang membuatku tertawa ialah:
          > orang yg panjang cita-cita dunianya sedangkan MAUT sedang menariknya
          > orang yang lalai dan lupa tentang kematian sedangkan MAUT itu tidak pernah      
             melupainya.. dan
          > orang yang bergelak ketawa bila telah dapat memenuhi perutnya tanpa peduli 
             adakah Allah meredhoinya atau tidak!!

Ianya adalah ketawa pelik melihat betuk-bentuk kehidupan manusia.Ia dapat melihat bagaimana kelalaian dan ketamakan menghalang sesetengah manusia dari dapat melihat kemanakah perginya orang2 yang sebelum darinya..Tidak ada apapun yang dapat menjamin dan memeliharanya daripada didatangi oleh MAUTnya..
Namun..ketawa itu ahirnya bertukar menjadi rasa kasihan dan rahmat..yang mendorongnya untuk mengejutkan si lalai tadi dari terus lena dalam kelalaiannya..dan rasa inilah juga mendorong ABU DARDA' mendatangi orang yang diketawakan tadi dengan lembut..lalu di cuit bahu orang tersebut dengan jarinya..Si lalai pun berpaling lalu ABU DARDA' membisikkan ke telinganya:
"Kasihan anda!! bagaimana agaknya anda bila telah digali lubang empat persegi untuk anda di dalam tanah??"
Kita tidak mengehtahui adakah si lalai tadi sedar atau tidak dari kelalaiannya tetapi yang penting ialah bisikkan ABU DARDA' itu masih tetap segar..dan LUBANG EMPATPERSEGI yang disebutkan itu masih tatap TIDAK BERUBAH..

Sebelum dan selepas dari lubang empat persegi itu ada lagi cerita-cerita yang bersambungan..yang akan kita riwayatkan bagi mereka yang ingin membaca dan mengambil pelajaran daripadanya..

HARI PENUAIAN!!

Hari di mana maut menuai roh... tidak ubah seperti sabit memotong padi! Perumpamaan yang betul2 tepat..dan kita tidak ubah seperti mana yang disebutkan oleh seorang penyair:
             "Anda tidak ubah seperti tanaman yang sedang menghijau..
              Semua penyakit ingin menyerangmu..
              Sekalipun anda dapat lepas dari kesemua penyakit itu ..
              Bila tiba masanya.. anda tetap juga akan diTUAI !!"

Hari itu juga dinamakan hari TERIAKAN. Kerana pada saat itu , ketika dahi mengeluarkan peluhnya.. ketika tangisan bersahutan..ketika nyawa telah sampai ke halqum dan anggota telahpun sejuk.. di saat itu, sakarat mencengkam keras..barulah diketahui siapakah yang benar2 kuat dan siapa yang lemah.. yang tinggal hanyalah TERIAKAN!!

Kemudian...episod setrusnya.. dimandikan, dikapankan dengan pakaian murahan yang hanya panjang sedepa ..lalu dibawa di atas bahu2 teman-teman dan saudara-mara..
Kalau kit seorang yang Solleh/ah... bergembiralah!!
Krmungkinan kita akan menyanyi2.:"cepatlah! cepatlah!!" kerana  yakin Rasulullah saw .telah memberitakan..
"Bila jenazah telah selesai di uruskan dan telah diletakkan di atas bahu, jika ianya orang solleh dia akan berkata:"cepatlah!..cepatlah! Sementara kalau dia seorang  yang tidak solleh,maka dia akan berkata: "Celaka!! kemana pula aku hendak dibawa??" ..suara ini didengari oleh semua benda kecuali manusia..dan andainya manusia mendengarnya nescaya dia akan pengsan.."(H.R.imam Bukhari)

HARI-HARI TIDUR

Kisah beralih pula kepada suasana yang lain..hari-hari tidur yang panjang..yang  bermula dengan dua malaikat yang akan mencuba si mati, sebagaimana cerita panjang yang telah diriwayatkan oleh imam bukhary..

"Si Mukmin akan ditunjukkan dengan tempatnya di Syurga tetapi si Kafir atau Munafiq akan dibealasah dengan penukul besi di atas kepalanya,dia akan bberteriak dan meraung-raung.Kesemua yang ada disekelilingnya mendengar raungan itu kecuali jin dan manusia.."
Raungan itu mengejutkan ulat-ulat disekelilingnya..dan mula menyerangnya..Si munafik itu terpaksa mengalah ..tunduk!!

Episod safar seterusnya..akan bersambung..

Ulasan

Catatan Popular