Melangkah bersamaTarbiyah HIJRAH
Bicara buat Kekasih Allah..
Wahai kekasih Allah!!
Ku singkap rahsia kegemilangan tarbiyahmu... disebalik tabir HIJRAH..
Hijrahmu menurut perintah..bukan kerana semangat ..
bukan hasrat kerana menderita tertindas dan hidup melarat..
Hijrahmu berteman.. tidak bersendirian..
berhati2 penuh strategi...
Hijrahmu penuh dengan episod pengorbanan
insan2 suci lahir dari pondok kesufiyan.. setiap langkah penuh kesetiaan..
pada tarbiyyahmu..
Bersatu hijrah makniyy(tempat) dan maknawiy(jiwa)..
Hijrah yang menghadiahkan Nuur... kepada pencinta2 Nuur
menganugerahkan hidayat kepada manusia sejagat..
membawa rahmat kepada umat..
Wahai kekasih Allah!!
Pimpinlah Jiwa Hamba ..menuju pencipta..
Bimbinglah jiwa hamba dengan siulan WAHYUNYA..
bersama tarbiyah HIJRAH..
agar jiwa hamba tidak terus terLENA di dalam JAGA..
BUTA hati dalam CELIKnya mata..
PEKAK dan BISU.. dalam menggalas tugas sebagai khalifah..
Masih JAHIL agama dalam kecemerlangan ILMU dan minda
MISKIN jiwa dan amaliyy dalam KEKAYAAN duniawiyy..

Wahai kekasih Allah..
Bawalah kami HIJRAH bersamamu..
Menggapai kemenangan HAKIKI..
merdeka jiwa ..iman sejahtera...
di sebalik tarbiyyah HIJRAH yang tersurat..
agar ..lahirlah di akhir zaman ini..
penegak2 KEBENARAN..
tak gentar pada ANCAMAN..
disetiap langkah dan safar..
istiqamah merealisasikan ..
JANJI yg terikat di simpulan SYAHADAT !!
أشهد أن لا اله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله...
Ulasan