WASIAT daripada MADRASAH ZIKRUL MAUT

..sambungan 


HISAB DAN KITAB

Setelah itu, menyusul pula kisah ke tiga yang dinamakan hari KEBANGKITAN!
Hari dimana kedengaran suara-suara..

"Alangkah menyesalnya aku diatas segala penyelewengan yg ku lakukan terhadap(agama) Allah"

 yang lain pula akan mengeluh-ngeluh2..
"adakah jalan keluar dari sini??"

dan..orang lain pula berkata..

"Alangkah(baiknya)!! Kalau kami dapat kembali (kedunia)..agar ami dapat melakukan amalan-amalan(ketataan) yang kami belum buat.."

Orang2 yang zalim..penderhaka..melampaui batas semasa hidup di dunia, memanglah sesuai pada hari itu hidup dalam kehinaan..Tatkala mereka melihat azab, kesombongan mereka pun berkecai..mereka bertanya dgn penuh penyesalan.." Apakah tidak ada jalan agar kami boleh kembali ke dunia??.. jalan lepas yang di cari..jalan buntu yang ditemui.. 

Orang2 yang bahagia pada hari itu ialah mereka yang mengambil pengajaran dengan kesemua itu pada HARI INI..yang hati dan matanya sering menangis..yang lidahnya mengeluh takut dan sedih..yang sering mengulang-ngulang bila malam tiba...
" Alangkah menyesalnya aku!!..alangkah celakanya aku!!..
pada hari yang akan dibahagi2kan buku catatan amal..
lebih sedih lagi bila aku di beri dengan tangan kiri..
Bila aku ditanya tentang kesalahanku..
apakah yang akan ku jawab?'

INSAFLAH!! SEGERAKAN PERSIAPAN!!

Kisah-kisah ini diceritakan buat mereka yang memiliki hati yg HIDUP.. Mereka yang berhati keras...Allah  telah menyarankan..

"Biarkanlah mereka makan..berseronok2 dan panjang angan-angan..kelak mereka akan tahu(akibat perbuatan mereka)"

Mereka ini betul2 seperti kambing !!
Makan..tidur..dan buang! kemudian makan semula..dan begitulah seterusnya..
Alangkah rugi hidup mereka!!

Oleh itu!! Marilah kita intai-intai kehidupan kita..
berhentilah sejenak...jangan gopoh..kerana kita semua akan menghadapi  PEPERIKSAAN!!!

Akan datang hari dimana kita tidak akan dihormati lagi...
paling hebat..kita hanya dikambus tanah..
Teman2mu merasakan bahawa mereka telah memuliakanmu dan mereka berkata:
" Beliau adalah teman kita ,mari kita menghormatinya!"
Tetapi apa yang mereka lakukan padamu??
Tidak lebih..mereka hanya mengambusmu dengan tanah!!
Insaflah wahai hati!! Ambilllah pengajaran !!
Janganlah angan-angan panjang mengelabui mata hati kita.. menyibukkan kita.. hingga lupa untuk mengingati rentetan perjalanan hidup lepas mati yang dihikayatkan tadi..Semoga kita termasuk golongan orang2 yang berjaya menghadapi PEPERIKSAAN dengan seizin Allah...

MADRASAH ZIKRUL MAUT (PARA SALAF)

Di Kufah, Sayyidina Ali telah bangun ditengah2 pengikutnya di dalam masjid lalu berkata..

"Yang ku takut pada kamu 2 perkara saja:panjang angan2 dan mengikut hawa nafsu..kerana panjang angan2 akan melupakanmu pada akhirat..dan mengikut hawa nafsu akan menghalangmu dari menerima kebenaran.."

Lalu bangkitlah ahli fuqaha' dari sahabat2nya ..mendokong madrasah zikrul Maut ini..antaranya penghulu ahli Zuhud(Tabi'in) Uwais bin Amir Al-Qarni yang telah berkata..

" Wahai ahli Kufah!!Bila kamu tidur, bantalkanlah dirimu dengan MAUT..
Bila kamu bangkit, jadikanlah ia titik ingatanmu.."

Bila  Syyidina Ali telah wafat, sahabatnya terus mengalunkan syiar madrasah mereka..

Rabi' bin Kuthaim telah berkata..

" Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana kamu akan merasai  sesuatu yang kamu tidak pernah rasai sebelumnya.."

Said bin Jubair cuba menyifatkan bagaimana kata-kata Imam Ali k.w. di atasbegitu berkesan dihatinya dengan  katanya..

" Jika hatiku lupa dari mengingati mati, ku bimbang hatiku telah rosak!"

Mereka2 ini adalah anakdidik sayyidina Ali..Apabila mereka wafat, syiar mereka diwariskan kepada tabi'in selepas mereka..di antaranya  'Aun bin Abdullah bin utbah bin Mas'ud al-Huzali yang telah menaiki mimbar lalu berkata..

" Berapa ramai orang yang menunggu-nunggu hari yang akan datang tetapi dia tak sampai kepadanya..
Berapa ramai orang yang menanti hari esok tetapi ia tidak dapat mencecah hari esok yang dinantikannya..
Kalau kamu melihat kepada ajal dan orang yang telah pergi, nescaya kamu akan membenci angan2 sebenci2nya.."

Dan akhirnya...

" wahai jiwa hamba!!..Orang yang bersungguh2 akan mendapatkannya..
Orang yang TIDAK TIDUR tidak seperti orang TIDUR!
Maut itu tidak lebih sejengkal darimu..
Janganlah dengkuran malam mencuri waktumu..
Di saat-saat harga waktu yang begitu mahal..
LIHATLAH pada DIRIMU
dan REBUTLAH WAKTUMU!!
kerana kehidupan ini terlalu pendek
perjalanannya sudah tidak begitu jauh..
jalannya amat menakutkan...
sangat banyak tipudayanya..dan..dan...."



[Rujukan :Tafsir Fii Zilalil-Quran/ kitab Zuhud oleh Ibnu Mubarak/Iqtida' al-ilmu al-amal oleh Khatib al-baghdady ]


(Catatan:Paparan ini sumbangan daripada sahabat )

Ulasan

Catatan Popular