Bicara Suffy (6)

Assalamualaikum.. Wrt.Wabarakatuhu..




Anak2ku !!
Hati kaum(suffy) itu bersih, suci, lupa terhadap makhluk,ingat pada Allah, lupa dunia ingat akhirat..lupa apa yang ada disisimu..ingat apa yg ada disisiNya..


Terimalah nasihat saudaramu yg mukmin dan jangan menolaknya kerana ia melihat padamu sesuatu yg kamu tidak dapat melihatnya pada dirimu.. Rasulullah saw berpesan..


" orang mukmin itu cermin bagi mukmin (yg lain)"

Orang mukmin itu ikhlas dan jujur tika menasihati saudaranya dengan memberikan penjelasan pada perkara2 yang tersembunyi dan samar.. Ia menzahirkan (menapis) yg hak dari yg bathil..memperkenalkan hak2 dan tangungjawab saudaranya..

Wahai anak !!
Tinggalkanlah sifat TAKABBUR terhadap Khaliq...juga terhadap makhlukNya..Kenalilah darjatmu.. rendahkanlah hatimu..Awalmu adalah air mani yg menjijikkan..dan akhirmu adalah... bangkai.. Janganlah engkau termasuk golongan yg dituntut oleh TAMAK..dan diburu oleh HAWA NAFSU.. hayati pesan Nabi junjungan..

" Seberat2 siksa Allah kepada hambaNya adalah menuntut sesuatu yang tidak di berikan untuknya"(a-hadis)

Wahai jiwa yg jahil terhadap takdir dan zat yg mencipta TAQDIR, apakah kamu menduga bahawa penghuni dunia ini mampu memberimu sesuatu yg tidak diberikan (ditakdirkan) untukmu?"

Anak2ku!!
Berjuanglah agar kamu melihat 'insan2 yang berjaya(menang) sehingga kamu menang di jalanNya.. Sebahagian mereka(suffyyun) berkata;"Sesiapa yang tidak memerhatikan insan2 yang berjaya, maka dia tidak akan berjaya (mengatasi nafsunya)".

Kamu melihat insan berjaya..tetapi melihatnya hanya dengan matamu..tidak dengan matahatimu..Iman tidak kau miliki ,maka pastinya engkau tidak memiliki penglihatan matahati.. benarlah firman Allah swt..

" ..kerana sesungguhnya bukanlah mata yang buta..tetapi yang buta adalah hati yg terletak didalam dada(jiwa)" -al-Hjj:46 -

Orang yang tamak ..menagambil dunia dari tangan makhluk seperti menjual agama dengan buah tin.Ia menjual sesuatu yang kekal dengan sesutau yang rosak.. Pastinya. ia tidak akan dapat memiliki kedua-duanya..

Wahai anak!!

Rasulullah bersabda..
" Kosongkanlah hatimu dari kesedihan2 dunia menurut kemampuanmu."

Ya,,jika kamu dapat mengosongkan hatimu dari kesedihan2 dunia..mak a lakukanlah!! Jika tidak, maka segeralah dengan hatimu kepada NYA..Berpeganglah dengan ekor RAHMATNYA..sehingga kesedihan dunia keluar dari hatimu..Tetaplah pada pintuNya.. dan mohonlah agar DIA membersihkan hatimu dari selain-Nya..agar hatimu diisi dengan IMAN, makrifat kepadaNya..merasa cukup denganNya..Mohonlah agar DIA memberikan keyakian dihatimu..menjinakkan hatimu denganNya..dan menyibukkan anggota badanmu untuk TAAT.. Mohonlah segala2nya padaNya.. bukan pada makhluk ..

Wahai anak !! 
Bijaknya lidah tanpa amalan hati, tidaklah mengajukan langkahmu kepada Allah selangkahpun.. Perjalanan itu adalah perjalanan hati..Dekat itu adalah dekatnya rahsia....  Amal itu adalah amalan maknawiy disertai dengan memelihara batas2 syarak dgn anggota badan dan tawadhuk kpd hamba-hamba Allah dan kerana Allah swt..

Sesiapa yang tidak memberi peluang kepada dirinya(untuk berubah) ,dia tidak akan berpeluang (berubah)..sesiapa yang memperlihatkan amalannya kpd makhluk, maka tidak ada amal baginya... (Nilai)Amal itu ada dalamkesunyian kecuali fardhu yg mesti ditunjukkan..

Anak2ku!!
Dasar amal adalah TAUHID dan IKHLAS.. Sesiapa yang tidak bertauhid dan ikhlas, maka ia  (seolah2) tidak melakukan apa2 amalan..Kukuhkan dasar amalmu dengan TAUHID dan IKHLAS.., kemudian binalah amalan dengan kekuatan Allah swt bukan dengan daya dan kekuatanmu..
Tangan Tauhid itu yang membina.. bukan tangan syirik dan nifaq..Orang yg bertauhid adalah org yg tinggi nilai amalnya..Adapun yg munafiq, maka TIDAK..

 "Ya Allah !! jauhkanlah kami dari nifak pada seluruh keadaan kami.."

akan bersambung..

Ulasan

Catatan Popular