Teraphy sehat dlm ibadat solat

Salam Tafakkur....
Solat suatu kewajiban!! .. semua dah maklum
Solat membuka pintu-pintu maghfirah,barakah,rahmat,kejayaan..ramai dah maklum
Solat sumber ketenangan.. sumber bantuan ar-Rahman... sedikit yang maklum
Solat sebagai teraphy yang praktikal mengawal dan mengobati pelbagai penyakit..
ramai tak maklum..
Nah, untuk itu .. jum kita kongsi bersama hasil kajian yang telah diperolehi oleh ilmuan Muhammad Abd. Syukur,Muhammad Muslih Aziz dan Muhammad Syamsul Yakin . Mereka telah berjaya menemui rahsia dan hikmah yang tersirat di sebalik rukun2 fi'ly dalam ibadat solat..Tahniah !!
TAKBIRATUL IHRAM:

Hikmah >Menguat otot lengan dan melancarkan pengaliran darah
Teraphy : Gerakan takbiratul ihram melancarkan pengaliran darah dan limfa dan mnguatkan otot lengan.. Kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa kita mengangkat ke dua tangan, otot bahu menegang hingga darah yang kaya dengan oksigen mengalir dengan lancar. Kemudian, kedua-dua tangan dirapatkan ke depan perut ataupun dada bahagian bawah. Gerakan ini menjauhkan kita drp pelbagai gangguan penyakit2 sendi, khususnya pd tubuh bahagian di atas.
RUKUK

HIKMAH > Mengembalikan Fungsi Tulang Belakang
Teraphy : Gerakan ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Kedudukan jantung sejajar dengan otak , maka pengaliran darah menjadi maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang diletakkan pada lutut merelakskan otot-otot bahu ke bawah. Selain daripada itu, rukuk juga adalah latihan kemih (latihan mengawal pundi kencing) bagi mencegah gangguan prostat.
IKTIDAL

Hikmah > Melancarkan pencernaan
Teraphy : Gerakan berdiri ,membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan dalam perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti, kesannya pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD

HIKMAH > Mengalirkan oksigen, menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburan
Teraphy : Aliran limfa dipamkan ke bahagian leher dan ketiak.Kedudukan jantung di atas otak menyebabkan darah yg kaya dengan oksigen mengalir dengan maksimum ke otak. Pengaliran ini memberi pengaruh kpd daya fikir kita. Gerakan ini juga menghindar gangguan penyakit buasir. Khusus bagi wanita, gerakan rukuk dan sujud mempunyai manfaat luarbiasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Semasa sujud, beban tubuh bahagian atas ditumpukan pada lengan hingga tapak tangan. Pada masa inilah pengecutan berlaku pada otot dada..Payudara bukan hanya menjadi lebih menarik, tetapi juga memperbaiki fungsi kelnjar air susu di dalamnya.
Semasa pinggul dan punggung di angkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut mengecut sepenuhnya . Gerakan ini melatih organ di sekitar perut bagi meneran lebih dalam dan lama.Ini memberi manfaat kpd kaum wanita kerana dlm proses bersalin, mrk memrlukan pernafasan yg baik dan kemampuan meneran yg mencukupi.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD

HIKMAH > Menghindari penyakit lumpuh dan mencegah masalah 'mati pucuk'
Teraphy : Semasa melakukan iftirasy , kita bertumpu pd pangkal paha yang terhubung dgn saraf nervus Ishiadius. Kedudukan ini mengelakkan sakit pada pangkal paha yg sering menyebabkan seseorang itu tidak dapat berjalan. Duduk tawarruk pula baik bagi kaum lelaki krn tumit menekan aliran limfa, kelnjar kelamin lelaki dan saluran vas deferens. Sekiranya dilakukan dengan betul, gerakan ini mampu mencegah msalah mati pucuk.
Kedudukan kaki yg berbeza semasa melakukan iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan releks kembali. Gerakan dan tekanan yg harmoni inilah yg menjaga kelenturan organ2 gerak kita.
SALAM

HIKMAH > Merelakskan otot2 leher dan menegangkan kulit muka.
Teraphy : Merelakskan otot di sekeliling leher dan kepala dan ini dapat menyempurnakan aliran darah di kepala.. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit muka.
Kesimpulan : Ibadah solat yang sempurna bukan sahaja menyuburkan iman tetapi juga menjana kecantikan diri luar dan dalam.. lewat teraphy sehat..
(Ruj: Buku 'Diari Hidup Rasulullah S.A.W)
Ulasan