Hatimu teruji lagi??





Assalamualaikum wrt.wbkt.

Salam mahabbah..lillah..














Putera Puteriku!!!

Hatimu teruji lagi ?? Rasa bersendiri dan terasing di dunia kelam ??

Siapakah diantara kita yang melalui panasnya mentari sepanjang usia
tanpa bertemu mendung, gerimis dan badai kehidupan? Siapakah
di antara kita yang bisa terlepas dari turun naiknya iman??
Siapalah kita untuk menentukan semua itu ?? Kita semua
insan yang hanya punya nama di sisiNya jika ada taqwa bersemadi
di jiwa..bukan taqwa yang hanya datang menyinggah sekali-sekala..

Putera Puteriku!!

Bila cerah mentari..kita selalu bersyukur... bila mendung menjelma
semangat mula kendur...mengapa?? Senyuman itu hanya mengiringi
saat2 emas...mengapa ?? Sampai bila kita hanya menjadi penyanjung
insan2 berjiwa besar tanpa menjadikan diri kita sebahagian daripada
mereka..??

Ayuh !! bangkit dari kelumpuhan jiwa bila ujian bertamu diteratak
hatimu. Ingatlah selalu bahawa..

a)ujian tidak akan pernah meningglkan kita ..lantaran dalam semua
keadaan (suka duka / berjaya-gagal / sakit sehat ) kita adalah teruji..
maka seharusnya kita sudah siap siaga sebelum kehadirannya bukan
mengharapkan ketiadaanya.. itu mustahil ... UJIAN juga makhluk
tuhan.. sama seperti kita.. ia perlu di depani dengan iman dan akal
yang waras.

"Semua anak adam itu dilahirkan adalah untuk di uji."

"Dan Dialah yang menciptakan HIDUP dan MATI untuk menguji ...
siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya.."


b) turun naik iman milik semua insan ..siapapun dia.. hidup ini adalah
mujahadah yang berterusan....menidakkan nafsu.... mengiyakan iman..barulah damai jiwa walau situasi keliling sentiasa gelora... Tak
kiralah turun naiknya iman..cuma, pastikan iman lebih banyak menaik
dari menurun dengan melazimkan ketaatan..meninggalkan kealpaan..

" Dan berjayalah orang2 yang mensucikan jiwanya dan rugilah orang
yang mengotorkannya "

c)Nafsu jangan di bunuh.. jangan pula dituruti..tapi wajib ditunggangi
(dikawal).Imam Gazali berpesan.." Syurga itu (dengan) menahan nafsu
dan neraka itu(dengan)mentaatinya.."

d)Iringi kelalaian dengan ketaatan , kesalahan dengan keinsafan,
permusuhan dengan perdamaian.... lakukan itu tanpa putus asa
sehingga nafsu menjadi jinak.. Bila nafsu dah jinak, maka panas
terik dan sejuknya salju tidak akan merubah DAMAI di hati ABDI..

e) Billa teruji oleh cinta hamba..terkecewa atau terpaksa menidakkan
rasa kerana DIA.. usah biarkan kekosongan hati terbiar x terbela....
sepi tanpa pengganti.. kembalikan cinta kepada PEMILIK asalnya..
isi kan hati dengan mahar CINTA agung.. Hayati kata2 hikmah ini..
" Siang yang hilang digantikan dengan malam..dunia digantikan dengan
akhirat maka cinta manusia akan digantikan dengan cinta Allah swt"

d) Andainya dosa lalu sentiasa memburu ... bisikkan syaithan
matikan dengan taawwuz.. ajakan Iblis gagalkan dengan istighfar..
Rasululllah pernah bersabda kpd sahabat yang bertanya,
bagaimana hilangkan kegusaran? baginda menjawab :
"Beristighfarlah! sesungguhnya Aku beristighfar sebanyak 500 kali
setiap hari"

Saudara2ku sebagai tambahan ku paparkan disini tips2 penyejuk
jiwa yang ku petik dari paparan asal:blog peribadi Rasulullah...
.
Selamat bertafakkur















النجمة الاولى
..
تذكَّر أن ربَّك يغفر لمن يستغفر، ويتوب على من تاب، ويقبل من عاد ..

1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang

 memohon kemaafan daripadaNya.Allah SWT akan menerima 

taubat orang yang bertaubat.Allah SWT bersedia menerima 

siapa yang kembali  ke pangkal jalan.


النجمة الثانيه
.. ارحم الضعفاء تسعد، وأعطِ المحتاجين تُشافَى، ولا تحمل البغضاء تُعافَى ..

2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah 

hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka.Jangan 

memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.


النجمة الثالثه
.. تفاءل فالله معك، والملائكة يستغفرون لك، والجنة تنتظرك ..

3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan 

ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa.

Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah 

SWT untuk anda.Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.

النجمة الرابعه
.. امسح دموعك بحسن الظن بربك، واطرد همومك بتذكُّر نعم الله عليك ..

4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah 

SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala 

nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.

النجمة الخامسه
.. لا تظن بأن الدنيا كَمُلت لأحدٍ، فليس على ظهر الأرض مَنْ حصل له كلُّ مطلوبٍ، 

وسلِم من أيِّ كدر ..

5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan 

hajat seseorang”tidak ada manusia yang mendapat segala hajatnya

dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.


النجمة السادسه
.. كن كالنخلةِ عاليَ الهمَّة، بعيد عن الأذى، إذا رُمِيت بالحجارة ألقتْ رطبها ..

6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala 

ketinggian,tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling 

batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah 

tamar yang manis kepada anda.


النجمة السابعه
.. هل سمعتَ أنَّ الحزنَ يُعيدُ ما فات، وأن الهمَّ يُصْلِح الخطأ، فلماذا الحزن والهم ؟!

7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan 

segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan 

kesalahan lalu,?Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan 

kecewa ?

النجمة الثامنه
.. لا تنتظر المحن والفتنَ، بل انتظر الأمن والسلامَ والعافية إن شاء الله ..

8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi 

pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.

النجمة التاسعه
طفيء نار الحقد من صدرك بعفوٍ عام عن كلِّ من أساء لك من الناس ..

9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah 

hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah 

menyakiti anda.

النجمة العاشره
الغسلُ والوضوءُ والطيبُ والسواكُ والنظامُ أدويةٌ ناجحةٌ لكلِّ كدرٍ وضيق

10- Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, memakai wangi-

wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah 

kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah 

gelisah.

Ulasan

Catatan Popular