Di sebalik Pahitnya Mujahadah..peritnya Jihad!!



PERSEPSI
;"Mujahadah ??..senang ja cakap!! tapi sukar diperaktikkan..."
"Alaa.. cakap, siapapun boleh..tapi sakit sebenarnya mujahadah ni..!!!!"
;"imanku masih lemah..tak sanggup nak mujahadah lagi!!!"
;"MujahadaH tidak semudah yang diucapkan oleh lisan.."
;Dulu..aku selalu cakap juga pasal mujahadah ni.. tapi bila merasa..baru tahu..betapa sakitnya.."
;" Susah sebenarnya mujahadah ni..kadang2 sampai sakit dada dibuatnya!!"
; "Mujahadah itu pahit namun buahnya MANIS!!"

Ya.. itulah di antara dialog yang pernah PS dengar dari orang sekeliling maupun secara life atau pembacaan luahan nurani melalui fb..

Apa Mujahadah itu sebenarnya yer??

Mujahadah adalah perkataan dari bahasa arab "مجاهدة" .. kata dasarnya " جهد" yang bererti " telah bersungguh2 dia" ... atau pun "جاهد" yg membawa maksud "telah berjuang dia" ...

Bila ke dua2 definisi ini digabungkan,jadilah pengertianya"perjuangan yang dilakukan bersungguh2!"

Apa Hakikat mujahadah/jihad??

Mujahadah itu pahit dan jalan pemulihannya sukar.. kerana mujahadah itu bereti menentang dan melawan  perkara2 yang  disenangi nafsu.. tapi, bila nafsu dah jinak lewat proses mujahadah yng konsisten dan penuh dengan zikrullah..insyAllah,ia bagaikan ubat.. pahit yang menjanjikan kesembuhan pada penyakit2 zahir dan bathin..


Mujahadah dan berjihad adalah perihtah rabbuna....
Sabda Rasulullah saw " Berjihadlah/berjuanglah kamu menentang orang-orang Musyrik itu dengan harta, jiwa dan lidah kamu"

Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat:ayat : 15;
" Berjihadlah/bersungguh2lah kamu (untuk sampai) dijalan kami(mjahadah nafsi)"


Jihad fi sabilillah satu amalan mulia.. lebih utama daripada berbakti seribu hari
"Bersukarela  sehari fi sabiilillah adalah lebih utama dari seribu hari berbakti di tempat lain"-hadis-


Apa kata Al-Quran??


" Sesungguhnya  orang2 yang beriman kpd Allah swt dan rasulNya , mereka tidak ragu dan mereka sentiasa berjuang(jihad) dengan harta dan jiwanya pada jalan (agama) Allah, mereka inilah orang2 yang benar"


Apa kata As-Sunnah??


Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya orang yang berjihad(brjuang) di jalan Allah, dimana Allah mengetahui orang yg berjuang di jalanNya, umpama orang yang berpuasa, qiamullail dengan khusyuk, ahli ruku' dan ahli sujud"-hadis-


"Orang yang melengkapkan seorang pejuang fi sabilillah, sama seperti berjuang.Dan siapa yng membantu keluarga pejuang fi sabiilillah dengan baik, sama seperti berjuang juga"-hadis-

Jihad menurut perspektif ISLAM


1. Jihad hakiki(jihad shugra;jihad kecil)  iaitu menentang musuh zahir.. dalam ertikata lain Mujahadah itu adalah perjuangan menentang musuh2 Islam di medan perang.
Malah Allah menjanjikan imbuhan kpd para mujahidin fii sabilillah di medan perang..
Firman Allah swt:"Orang2 yg beriman, berhijrah dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwanya lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang menang.."
Firman Allah swt,:" Dan Allah memberikan pahala berlipat ganda kepada orang yang berjuang, lebih dari orang yang duduk..darjat yang tinggi, pengampunan,rahmat drpNya.." (an-Nissa' : 95-96)

2. Jihad ma'nawi (jihad kubra;jihad besar) iaitu menentang serakah nafsu dengan menunggangginya(mengawalnya)


Rasulullah pernah menyatakan kepada para sahabat sekembali mereka dari berjihad/berperang..
Kamu kembali daripada jihad kecil untuk menghadapi jihad yang besar iaitu jihad terhadap hawa nafsu"


Kesimpulannya; Tuntutan mujahadah itu merangkumi perjuangan zahir..menegakkan kalimah Allah dimuka bumi termasuklah berdakwah, melaksanakan amar makruf Nahi mungkar serta bertempur dgn musuh2 Islam..Juga merangkumi perjuangan  dari sudut kejiwaan dengan membebaskan diri dari segala sifat2 mazmumah melalui pendekatan melawan dan menundukkan nafsu Ammarah bis-Suu'..


Siapa Mujahid/mujahidah?? siapa pula muhajir/ah??


Rasulullah menjawab :"Mujhid/ah itu ialah orang yang melawan(mengawal) hawa nafsunya dan Muhajir/ah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang di larang oleh Allah swt"

 Apa rahsia/Titian Mujahadah??
Seorang ulamak suffy(Ibrahim bin Adham) berkata:" Seseorang yang solleh akan menghadapi ENAM perkara: Ia akan menghadapi bahawa...
  •  pintu nikmat akan terkunci, pintu kesusahan akan terbuka
  •  pintu kerehatan akan tertutup , pintu usha keras di buka
  •  pintu berbangga akan ditutup, pintu kehinaan akan di buka
  •  pintu tidur akan di tutup, pintu berjaga akjan dibuka
  •  pintu kekayaan akan ditutup, pintu kefakiran akan di buka
  •  pintu angan2 akan ditutup, pintu persediaan menghadapi mati akan di buka
Itulah di antara jalan mujahadah..Mujahadah bukan laungan kosong.. Mujahadah nafsi bukan setakat memendam rasa dan menolak keinginan ..mujahadah hendaklah disertai dengan tindakan pada tingkahlaku..samada dengan memperbanyakkan amalan..menyekat penguasaan nafsu pada jiwa, minda dan hati dengan zikrullah..tingkatkan kefahaman agama dalam banyak perkara..melakukan persiapan menghadapi kematian dan hari-hari selepas mati...dan sebagainya"


Bagaimana caranya melatih nafsu dalam bermujahadah??


> memperbaiki akhlak zahir dan bthin dengan menggantikan sifat2 mazmumah dengan sifat2 mahmudah.. Junjungan besar Nabi Muhammad telah menyarankan.." Baguskanlah akhlakmu!" 


Pada tahap ini, kita hendaklah berusaha agar dapat menundukkan keinginan nafsu(ammarah bissu') yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dengan  berjihad dan sabar melakukan perkara (baik) yg sukar sehingga ia menjadi satu kebiasaan.. Rasulullah bersabda: "Kebaikan itu dengan adalah dengan (berusaha) menjadikannya satu kebiasaan" Maksudnaya andai kita bukan  seorang dermawan maka hendaklah kita membiasakannya sehingga menjadi tabiat diri. Begitulah juga jika kita dah terbiasa dengan perkara2 lagha walaupun hukumnya harus, maka hendaklah membiasakan diri dengan meninggalkan kebiasaan negatif itu menjadi kebiasaan positif iaitu hanya melakuan perkara yang bermanfaat sahaja..

> Menekuni ibadah, menentang syahwat, memperelokkan akhlak bathin serta tenang hati terhadap(ketentuan) Allah
Dalam hal ini Rasulullah bersabda :"Sembahlah Allah dalam keadaan ridho.Jika engkau tak sanggup, maka (ingatlah)  sabar menghadapi perkara yang engkau tak suka itu terdapat kebaikan yng banyak"


> Mengenalpasti sifat2 mazmumah yang ada pada diri dan bersahabat dgn teman yg Solleh/ah yang dapat menegur dan membantu memperingatkannya tentang sifat2 mazmumah yang dimilikinya..seterusnya dapat membantunya untuk mencabut segala sifat2 negatif dari dirinya..


Sama2 kita meneladani sikap dan pendirian sayyidina Umar dalam hal ini.." Semoga Allah  akan merahmati orang2 yang menunjukkan kejelekkan2ku( sifat2 mazmumahku)"



Saudara2ku !! Putera Puteriku..

Dalam keghairahan untuk bermujahadah, kita harus waspada pada satu hakikat yang dinyatakan oleh Syeikh Ahmad At-Thailah..:" Tuntutan nafsu(yng  tersirat) disebalik kemaksiatan itu jelas..sedangkan Bujukan nafsu disebalik ketaatan amat samar(tersembunyi) dan mengubati yang samar itu sukar penyembuhanNya!!"

Ya..sememangnya jelas bahwa ajakan nafsu ke arah kemaksiatan itu nyata sekali,tidak samar lagi..Ajakan yang inginkan kesenangan duniawi..namun disebalik kesenangan itu membawa padah yang  tak baik untuk kehidupan..

Sebaliknya  daya tarikan nafsu untuk melakukan ketaatan amatlah samar, sukar di ketahui kecuali oleh orang yang celik matahatinya.. Oleh itu, bila  ada ajakan nafsu untuk melakukan ketaatan, maka hendaklah diteliti..Adakalanya matlamat daripada melakukan ketaatan adalah untuk mendekatkan diri kpd Allah swt.. akan tetapi dalam bathinnya timbul maksud2 lain yg boleh membathalkan amalan seperti inginkan puji2an,disenangi orang, menjadi orang yang tersohor,dan sebagainya..

 Oleh kerana itu, saudara2ku!! Putera Puteriku.!! 
Marilah bersamaku berusaha untuk menjadi orang yang tajam matahatinya...selalu waspada dalam hal ini.. memelihara keikhlasan dalam  setiap amalan , .. hanya kerana NYa  demi mencapai keridhoanNya..

Saudara2ku!! Putera Puteriku!!
Usah di pertikai pahitnya mujahadah.. sukar dan peritnya jalan untuk berjihad..namun  bayangilah selalu manis  hasilnya untuk kehidupan  di sini.. dan di sana..

Hayatilah bersamaku kalam Robbuna..
" Ketahuilah kemungkinan sesuatu yang kamu sangka tidak baik(berjihad fii sabililllah) etulah yang terbaik untukmu(di akhirat kelak) dan sesutau yang kamu sangka baik( duduk diam tanpa jihad) itu tidak baik untuk(kehidupn)mu di sana"


Saudara2ku!! Putera Puteriku!!
Disebalik peritnya jihad ..dan bermujahadah


1. ada jual beli yang tiada tolok bandingnya dengan Allah; memperolehi keuntungan yang besar iaitu SYURGA..


"Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang beriman dengan memberikan mereka syurga; mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yang sebenarnya dari Tuhan di dalam Taurat,Injil dan al-Quran. Siapakah yang lebih dipercayai memenuhi janji selain daripada Allah?Oleh itu bergembiralah dengan perjanjian yang kamu telah lakukan dan itulah keuntungan yang besar."(at- Taubah:111)


2. Mendapat kedudukan yang tinggi  pada kehidupan abadi


"Sesungguhnya di dalam syurga ada seratus darjat yang disediakan Allah untuk orang-orang yang berjuang di jalan NYa ..antara satu darjat dengan yang lain adalah antara langit dan bumi."-hadis-




3. Tidak di sentuh oleh api neraka


"Tidak berdebu kaki seorang  hamba yang berjuang pada jalan Allah, melainkan ia tidak akan disentuh api neraka"-hadis-  






"Tidak akan masuk neraka  seorang yang menangis kerana takutkan Allah..dan tiada akan bersatu debu fi sabilillah dengan asap dari api neraka Jahannam  di dalam lubang hidng  seorang muslim sama sekali.." -hadis-


4. Tidak menangis ketika manusia semua menangis


" Tiap mata akan menangis  di Hari kiamat, melainkan mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah..dan mata yang berjaga malam pada jalan Allah"-hadis-


5.Allah tidak mensia-siakan pekerjaan mereka serta mendapat pimpinan Allah


" Dan orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak akan mensia2kan pekerjaan mereka.Allah akan memimpin mereka dan akan memperbaiki keadaan mereka.Dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah dikhabarkan kepada mereka"(Suarh Muhammah: 4-6)


6. Yang lebih utama dan termahal dari semua itu adalah keridhoan Allah swt.
"Mereka ridho kepadaNya dan Allah ridho kepada mereka"


Semoga ada manfaatnya..buat hati-hati yang mencari ridho Ar-Rahman..
Semoga bangkitlah jiwa 2 mujahid/ah yang sentiasa bermujahadah di jalan Tuhan..
penuh tawaddhuk..Ikhlas..penuh komitmen dan konsisten di bawah kalimah agung..
"LA ILAHA ILLALLAH.. WA ANNA MUHAMMAD RASULULLAH"

Salam Mahabbah ..Salam tafakkur..
Teruskan mujahadah ..Ke arah mardhatillah.. Hidup mulia .. Syahid  di jalan Nya..

(Ruj: >Mukhtasar ihya' Ulumuddin(Imam Gazali) 
        >Zinatur-Ruhil Mukmin(Ibnu At-Thailah)
        >An-Nasaih  addiniyyah wal washaayal imaniyyyah

Ulasan

Catatan Popular