Kalam Suffy (5)
.jpg)
(sambungan..Wasiat dari Syeikh A.Q.Jailani)
Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan , maka hendaklah ia menggunakannya kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui bila pintu itu tertutup atasnya" al-Hadis
Wahai anakku !
Pergunakanlah pintu kehidupan selama pintu itu masih terbuka untukmu..sebentar lagi pintu itu akan tertutup. Capailah perbuatan/amalan yang baik selama kamu mampu melakukannya . Pakailah pintu taubat selamamana pintu itu masih terbuka untukmu.Pergunakanlah pintu doa kerana pintu itu terbuka buatmu.pergunakan pintu persahabatan dengan saudaramu yang solleh kerana pintu itu terbuka untukmu..!!
Wakai anakku !!
Binalah(kembali) apa yang telah kamu telah robohkan..,bersihkanlah apa yang telah kamu kotori.. perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan..jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan..kembalikanlah apa yang telah kamu ambil dan kembalilah kepada Tuhanmu setelah pelarianmu tanpa izin..
Wahai anakku!!
Janganlah kamu malas kerana orang yang malas itu terhalang selamanya..sedangkan penyesalan itu ada di dalam dirinya.Perelokkanlah amalan-amalanmu ,Allah akan bermurah kepadamu di dunia dan akhirat ..
Wahai anakku !!
Tegakkanlah jaring doa dan kembalilah kepada keridhoan..Janganlah kamu berdoa dengan lidahmu sedangkan hatimu berpaling ..Esok pd hari kiamat, manusia akan teringat kebaikan dan kejahatan yang pernah dilakukannya di dunia..penyesalan di sana tidak berguna lagi.. Insaflah(sedarlah) hari ini sebelum hadir kematian..kerana mengingati ladang dan penyemaian pada waktu yang berlalu tidaklah berguna..Nabi saw bersabda:
" Dunia adalah ladang akhirat. Barangsiapa yang menanam kebaikan ,maka ia menuai sesuatu yang diinginkan, sedangkan barangsiapa yang menanam keburukan , maka ia akan memetik penyesalan " al-hadis.
Apabila mati datang padamu, maka keinsafanmu pada waktu terjaga itu sudah tidak berguna bagimu..
"Ya Allah, Sedarkanlah kami dari tidurnya orang-orang yang lalai dan jahil tentangMu.."
Wahai anak!!
Pergaulanmu dengan orang2 yang (berakhlak) buruk, akan menempatkan kamu untuk berperasangka buruk kepada orang2 yang terpilih..berjalanlah di bawah naungan kitabullah dan sunnah RasulNya..kelak kamu akan beruntung.
Wahai anak !!
Tidak ragu lagi, bahawa seluruh kebaikan itu di sisiNya..sedangkan keburukan itu pada selainNya.. Kebaikan adalah dengan menghadap(taat) kepadaNya sedangkan keburukan itu adalah berpaling(ingkar) daripadaNya..
Wahai anak!!
Apabila kamu beramal dan kamu menuntut balasan, maka balasanmu adalah dengan makhluk, dan apabila kamu beramal kerana zat-Nya, maka balasanmu adalah engkau akan dekat dengan Allah dan melihatnya(dengan mati hati)
Anakku!!
Tuntutlah(rahmat) Zat yg melimpahkan nikmat(melalui taqarrub yang tulus-PS) dan jangan kamu mencari kenikmatan.Hendaklah kamu mengingati mati dan sabar terhadap kesulitan serta tawakkal kepada Allah swt dalam seluruh keadaan..
Dengan kesabaran, maka kamu dapat memperolehi apa yang kamu kehendakki dari Allah..Dengan tawakkal, maka keluarlah segala sesuatu dari hatimu dan kamu hanya bergantung kepada Tuhanmu..serta jauhlah kamu dari pergantungan kepada selainNya.. Akan datang kepadamu kelazatan(iman) dari segala penjuru.Tuhanmu akan memeliharamu dari enam mata angin dimana tidak seorangpun dari makhluk mempunyai jalan keatasmu..lalu kamu termasuk golongan yang dimaksudkan Allah dalam firmanNya.." Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu(syaithan) tidak dapat menguasai mereka"
Bagaimana makhluk mempunyai kuasa terhadap orang2 yang mengesakan Allah, ikhlas dan tidak riyak terhadap makhluk dalam amal perbuatan mereka??
..akan bersambung...
Moga di hayati dengan sebaiknya..
Salam Muhasabah ..Tingkatkan Taqarrub ilallah
seikhlasnya...
Ulasan