Dialog Suffy 2 : sembah Allah krn syurga???

Dialog dimulakan dgn persoalan yang dilontarkan oleh Rabiah kpd kelompok orang solleh Basrah.
"Wahai hamba Allah, mengapa kah kamu menyembah Allah?"
lelaki solleh menjawab tanpa ragu,
"Tentunya kerana saya takutkan azab neraka Allah yg maha pedih"
Soaln yang sama lantas dtujukan kpd lelaki solleh yg ke dua ..Dia menjawab :
" Tentunya kerana saya mahu ke syurga Allah yg penuh dengan nikmat abadi itu"
Selepas mendengar jawapan kedua-dua lelaki solleh itu, Rabiah diam membisu untuk seketika kemudian dia berkata..
"Alangkah hinanya seorang hamba itu jika beribadah kepada Allah hanya kerana mahukan syurga dan hanya nak dijauhkan daripada api neraka"
Sekalian yg hadir terkedu.. Mereka tak sangka jawapan itu dinilai SALAH malah dipertikaikan sebegitu rupa.
"Sekiranya ditakdirkan syurga dan neraka itu tidak wujud, adakah kamu akan menyembah Allah?"
Hening.Tiada berani bersuara...berpandangan sesama.. hanya beberapa ketika ,salah seorang drp mereka bersuara..
"Wahai Rabiah, jika begitu..apa pula sebbnya kamu menyembah Allah"
"Saya menyembah Allah hanya kerana mengharap keredhaanNya..
Nikmat dan pemberianNya sudah cukup untuk saya untuk terus beribadah kepadaNya"
(Ruj: Siri Novel sejarah srikandi Islam)
Saudara2ku!! Putera Puteriku!!
Semoga kita dapat mengambil intisari pengajaran yang tersirat daripada dialog suffy ini..
Salam tafakkur..
Ulasan