Zikrullah tak berkesan??

Assalamualikum wrt..wbkt..

Salam ukhuwwah..
Persoalan yang tertangguh membuat hati ini terasa berhutang.. amanah tertunda lagi..kesibukan tugas merampas waktu untuk menulis dgn tenang..

Persoalan yang menjadi reality buat saya dan anda..tika melaksanakan ibadah ,khususnya persoalan yang kita bincang sebelum ini iaitu zikrullah. Walaupun sudah mengamalkan zikir dan munajat serta ibadah nawafil dan fardhu, terkadang jiwa masih di buru kegelisahan.. di sengat kesedihan yang mendalam.. sedangkan Allah menjanjikan KETENANGAN.. Di mana silapnya??

Baiklah, insya Allah!! kita kupas persoalan ini secara ilmiah dan pengalaman bersama..

RUHUL IBADAH

Setiap ibadah mempunyai ruh atau nyawa..Tanpa ruh ,suatu ibadah itu di anggap mati .. maka ruh ibadah adalah khusyuk..dan Ikhlas .Kedudukan khusyuk dan ikhlas dalam ibadah adalah seperti kedudukan roh(jiwa) dalam sesuatu tubuh.. Bayangkan apa yang terjadi pada tubuh yang terpisah dari ruh(nyawa).. apakah jiwa itu akan hidup dan berfungsi?? Begitulah dengan ibadah kita..

A. KHUSYUK

Apa yg dimaksudkan dengan khusyuk??

Menurut pentahqiqan:"Khusyuk adalah amalan hati; suatu keadaan(kelakuan) yang mempengaruhi jiwa,lahir kesannya pada anggota seperti tenang dan menundukkan diri"

Rasulullah saw. bersabda:

" لو خشع قلب هذالرجل لخشعت جوارحه"

Bermaksud:" Sekiranya khusyuk hati(jiwa) orang ini, tentulah khusyuk segala anggota(zahir)nya" (H.R.Tarmizi)

Tegasnya khusyuk ialah.... ألإخبات وتطامن القلب والجوارح لله تعالى iaitu tunduk dan tawadhuk serta bertenang hati dan semua anggota kepada Allah..

Khusyuk dalam ibadah dan zikrullah dapat terhasil dengan melakukan beberapa perkara:

I.Istihdharilqalbi
Bermaksud hadirnya hati bersama tika melaksanakan ibadah tersebut..bererti menumpukan segala fikiran kepada ibadah yang dikerjakan..tidak berpaling kepada yang selainnya..

Nah, sila muhasabah ibadah yang kita lakukan maupun zikrullah yang terhambur di bibir mulus.. apakah ibadah yang dilakukan anggota Zahir seiring dengan amalan Bathin(Hati)?? Tidakkah terkadang bibir mengucapkan zikrullah..subhanallah..alahamdulillah.. tapi hati nakal mengingat Ubaidillah(hamba Allah) dan minda terbayangkan masalah yang menghimpit?? ..Bibir lancar mengalunkan ayat-ayat Allah namun hati nakal membisikkan kalam-kalam manusia dan minda menarawang jauh kembara entah ke mana..Terkadang dalam menunaikan solat ,timbul pula ilham di mana nak cari barang yang hilang..dan banyak situasi lagi..kan.. Dalam situasi begini,rasa2nya adakah ibadah itu akan mencapai matlamat??


2.Tadabbur filmaa'ni
Bermaksud memahami dan menghayati makna yang diungkap ketika melakukan ibadah atau melafazkan Zikrullah..

Maaf,jika terlanjur menceritakan realiti yang berlaku di beberapa buah sekolah agama yang melaksanakan amalan zikrullah Asma'ul Husna di awal sesi pembelajaran pagi..dan doa belajar(penenang hati) pada setiap kali bermulanya sesi pembelajaran untuk setiap subjek.. PS cuba membuat kajian .. Malang sekali, samaada pelajar2 dari peringkat menengah rendah maupun menengah atas menjawab : saya tidak Tahu maknanya..saya hafaz saja..apabila saya meminta mereka menyatakan makna Asma'ulllahil husna yang mereka alunkan dengan lancar dan merdu..maupun doa belajar yang dilafazkan paling kurang 8-9 kali dalam sehari. Lalu ,zikrullah yang begini keadaannya.. dapatkah menghasilkan ketenangan yang di cari ?? atau membentuk peribadi yang murni??kuat jati diri??


B.IKHLASUNNIYYAH FIL IBADAH

Ulamak berbeza pendapat dalam menentukan makna IKHLAS:

Menurut Abd Qasim Abd Karim Al Qusyairy dlm risalahnya ikhlas itu ialah menentukan taat dalam ibadah/zikrullah itu untuk Allah swt sahaja..iaitu membulatkan tujuan dalam beribadat kepadaNya sahaja.

Dalam ertikata lain ikhlas itu adalah mengerjakan ibadah semata-mata kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah ..tidak menzahirkan ibadah dan ketaatan di depan umum (sahaja),bukan kerana mengharapkan pujian dan sanjungan, kasihsayang maupun perhatian orang.

Menurut 'Ali Ad-Daqqaq ikhlas adalah memelihara ibadah dari perhatian manusia..

Tegasnya orang yang ikhlas ,tidak ada riyak dalam mengerjakan ibadah.Dengan lain perkataan itu ialah kesesuaian (sama) antara perbuatan zahir dan bathin..(Mengerjakan ibadah dihadapan orang sama dengan mengerjakannya sendiri2)

Imam Gazali pula menegaskan dalam kitabnya ihya Ulumuddin bahawa hakikat ikhlas itu ialah perbuatan membersihkan dan memurnikan suatu perkara/ibadah dari campuran yang mencemarinya.

Apabila suatu amalan/ibadah itu bersih dari riya' dan ditujukan hanya untuk Allah swt, maka amalan/ibadah itu di anggap murni(Ikhlas)

Sebagai tambahan, ingin dikongsikan di sini pandangan dari SUFFIYYUUN tentang Keikhlasan..

As-Susy berkata :" Keikhlasan itu ialah TIDAK melihat ikhlas, kerana sesiapa yang menyaksikan keikhlasan di dalam keikhlasan, maka keikhlasannya mengharapkan keikhlasan"

Sahl berkata: " Keikhlasan adalah tenangnya manusia dan tindakannya kerana Allah SWT semata-mata"

Al Junaid berkata :" Keikhlasan adalah pembersihan amal2 dari kekeruhan2"

Al Fudhail berkata: "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya' dan beramal kerana manusia adalah syirik,sedang keikhlasan itu ialah bila Allah membebaskannya dari kedua sifat itu"

Dikatakan juga IKHLAS itu ialah Muraqabah(merasa diawasi) yang berterusan dan melupakan kenikmatan..

Saudara2ku!! Putera Puteriku!!
Semoga perkongsian ilmu di atas dapat menjelaskan persoalan yang bersarang diminda kita sebelum ini.. Sama2lah kita merenung dalam diri.. jernihkan hati.. bersifat terbuka .. perbetulkan kesilapan maupun kekurangan dalam amalan,ibadah dan zikir2 kita agar menepati syarat kelayakan terhasilnya natijah yang murni dan di ridhai Allah swt.. seterusnya melayakkan kita memperolehi dan menikmati janji ALLAH iaitu KETENANGAN HAKIKI(JIWA) lewat ibadah dan zikrullah yang di lakukan..insya Allah..

Saudara2ku !! Putera Puteriku!!
Allah swt tidak pernah memungkiri janjiNya.. Jika amal ibadah dan zikrullah kita belum bernatijah seperti yang diharapkan.. pantau2lah lah amalan dan zikrullah yang kita lakukan.. sesekali jenguk HATI kita.. apakah sudah murni untukNya?? Adakah ibadah dan zikrullah itu sudah menjadi intipati kehidupan kita(menjadi tabiat) atau setakat pelarian pada Allah bila menghadapi kesulitan,cabaran,kesempitan dan kesakitan cuma..atau taqarrub kita padaNya tika kita berhajatkan bantuan Allah sperti tika nak menghadapi exam atau temuduga??adakah kita memelihara ketaatan setelah ketenangan atau hajat yang kita panjatkan dalam munajat telah kita perolehi?? Adakah muraqabah dan taqarrub kita lakukan sama kekerapannnya tika berada dalam tarbiyah jamaah dan tika kita terpisah darinya..?? hendaknya kita JUJUR terhadap diri sendiri... kerana DIA yang mencipta hambaNya.. sangat mengenali KEIKHLASAN hamba2Nya...

Semoga kita termasuk dalam golongan hamba Allah yang beruntung ..dimana (ibadahnya)hari ini lebih baik dari kelmarin..

Ingatlah selalu insan pejuang.. TAQARRUB adalah bekalan nurani dan senjata paling ampuh untuk BERSABAR dengan apa saja bentuk mehnah yang mewarnai perjalanan yang panjang..
Hayati kalam Rabbuna..
"Hendaklah kamu memohon pertolongan Allah melalui KESABARAN dan SOLAT(IBADAH)"


Salam Muhasabah ..
Salam Muraqabah..
Teruskan mujahadah ke arah mardhatillah..

Ruj:
1. Ihya'Ulumuddin(Imam Ghazali)
2. As-Sholat( Johari Al-Yamani)

Ulasan

Catatan Popular