Di sebalik kurniaan(ILMU) ada cubaan..

...sambungan...

SEJAHAT2 MANUSIA DI HARI QIAMAT

"Sejahat2 manusia di sisi Allah pada hari Qiamat ialah seorang A'lim yang tidak berguna dengan ilmunya dan siapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang kepadanya..Maka ia tidak akan mendapat bau syurga..

Hai Abu Zar, siapa yang mencari ilmu untuk menipu orang lain, maka tidak akan masuk syurga"

ADAB MENGELUARKAN FATWA

"Hai Abu Zar,jika engkau di tanya sesuatu yang engkau tidak tahu, jawablah "saya tidak tahu"..supaya selamat dari tanggungjawabnya..dan janganlah engkau memberi fatwa terhadap perkara yang tidak engkau tahu..supaya selamat dari siksa Allah pada hari Qiamat"


ANJURKAN KEBAIKAN TAPI TAK MENGERJAKANNYA

"Kelak, segolongan ahli syurga akan melihat kepada ahli neraka lalu mereka berkata:' apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka sedangkan kami masuk syurga kerana didikan dan ajran-ajaran kamu"... lalu mereka menjawab:" Sesungguhnya kami dahulu menganjurkan kebaikan tetapi tidak mengerjakannya"

TANDA MENDAPAT KEBAIKAN

"Hai Abu Zar, jika Allah menghendaki kebaikan hambanya , ia akan diberi kefahaman dalam agama..zuhud terhadap dunia(mengambil dunia seadanya/tidak berlebih2an)..dan diperlihatkan kekurangan-kekurangan dirinya"

PERBUATAN SESUAI DGN PERKATAAN

" Hai Abu Zar ! siapa yang perbuatannya sesuai dengan perkataannya maka itulah orang yang beruntung..dan sesiapa yang perbuatannya bertentangan dengan perkataannya maka iakan membinasakan dirinya.."

.. moga menjadi renungan buat kita bersama..
..salam muhasabah..teruskan mujahadah..

Ulasan

Catatan Popular