Manfaatkan Usiamu !!

...sambungan

Diriwayatkan pada suatu hari, tika rasulullah bersendirian di masjid..Abu Zar menemui baginda dan meminta wasiat yang bermanfaat .. lalu bagindapun bersabda:
" Wahai Abu Zar , sesungguhnya engkau dari keluargaku...dan aku akan
berwasiat kepadamu,maka ingat-ingatlah kerana wasiat ini menghimpun
segala kebaikan dan pelaksanaanya. Jika engkau memelihara dan
memperhatikannya, nescaya engkau akan mendapat dua pahala
yang besar"


CARA BERIBADAH

"Hai Abu Zar, sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat kepadaNYa..
Apabila nyata engkau tidak dapat melihat Allah, maka yakinlah bahwa Allah melihat engkau"

IBADAT YANG PERTAMA

"Dan ,ketahuilah..bahawa ibadat yang pertama kepada Allah itu ialah makrifat Allah..Dia yang awal sebelum adanya segala sesuatu,maka tiada sesuatu sebelumNya..tunggal tiada duanya..kekal dan tiada penyudahnya.. DIA pencipta langit dan bumi dan apa yang ada didalamnya dan di antara keduanya..DIA lah ALLAH ,Yang Maha HALUS dan mengetahui sedalam-dalamnya.... .Maha BERKUASA atas segala sesuatu....Kemudian...
PERCAYA kepadaku,dan mengakui bahawa Allah mengutusku kepada semua manusia untuk menyampaikan khabar gembira dan peringatan..mengajak manusia kembali kepada Allah dengan izinNya..sebagai pelita yang menerangi .... Kemudian....Kasihilah keluargaku ..Allah telah hapuskan dari mereka segala kekotoran ... mensucikan mereka sesuci-sucinya.."

Wahai Abu Zar!! peliharalah wasiatku ini nescaya kau akan BAHAGIA dunia dan ahkirat

JANGAN SUKA BERTANGGUH

"Hai Abu Zar! berhati2lah... Jangan suka menangguhkan amalan..kerana engkau bergantung kepada hari ini dan bukan pada hari berikutnya.Maka apabila esok hari masih menjadi hakmu, maka lakukanlah seperti hari ini,Jika esok bukan lagi menjadi milikmu, maka engkau tidak menyesal kerana tidak menangguhkan amalan (kerja) yang sepatutnya engkau lakukan hari ini"

BENCIKAN ANGAN-ANGAN

"Hai Abu Zar,andainya engkau dapat melihat ajal dan perjalanannya ..nescaya engkau akan membenci angan -angan dan tipudayanya

Hai Abu Zar, jadilah bagaikan orang asaing dimayapada ini..atau bagaikan musafir kelana dan ,anggaplah dirimu dari golongan orang2 yang di kubur

Hai Abu Zar, jika engkau berada di waktu pagi..maka janganlah merasa akan sampai ke petang dan jika engkau berda di waktu petang,janganlah engkau mersa akan sampai di waktu pagi.Pergunakalah masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati..sebab kau tidak mengetahui apakah namamu(nasibmu)kelak di hari kemudian"

SAYANGI UMUR

"Hai Abu Zar, sayangilah umurmu!! Melebihi daripada sayangmu terhadap wang, emas dan perak"

....akan bersambung....

Ulasan

Catatan Popular