7 wasiat !!
....sambungan
Assalamualaikum.. wrt. wbkt,
Seterusnya .. saudara2ku!! putera puteriku!!!
Marilah kita hayati sendiri bagaimana Rasulullah saw. membina jiwa khlilnya Abu Zar, tika safar mereka bersama menaiki unta..lewat nasihat dan teguran !! sama2lah kita muhasabah diri sejenak .. ambil2 tip2s berguna dari mutiara kata baginda saw.. sebagai pedoman untuk kita realisasikannya dalam kehidupan kita...yang akhirnya melayakkan kita menjadi INSAN PILIHAN disisiNya...insya Allah..

(1)
TUJUH WASIAT
Khalilku ,Rasulullah saw memerintahkan kepadaku
dengan tujuh perkara:
1.Baginda memerintahkan aku untuk mencintai dan
mendekati kaum fakir miskin
2. Baginda memerintahkan aku untuk memandang
kepada orang yang dibawahku(dlm urusan dunia)dan
tidak memandang kepada orang yang di atasku
3. Baginda memerintahkan aku menghubungkan tali
kasihsayang sekalipun aku telah membelakanginya
4. Baginda memerintahkan aku untuk tidak meminta
sesuatu apapun kepada seseorang
5. Baginda memerintahkan aku untuk menyatakan
kebenaran walaupun pahit
6. Baginda memerintahkan aku agar tidak TAKUT
terhadap celaan dan penentangan kaum
dalam berjuang di jalan ALLAH swt
7.Baginda memerintahkan aku supaya banyak mengucap
kalimah "La haula wala Quwwata illa billah"
kerana semua itu adalah simpanan yang
terletak di bawah arasy
Ulasan