Bicara buat Kekasih





BACARA BUAT KEKASIH (1)
Kekasih,
Seusia hijauku,
Ayah prkenalkan KAU padaku…
kata ayah KAU sangat ‘baik’ dan ‘penyayang’,.
’ tak pernah menyakiti sesiapa’…
Ayah nak aku mengenaliMU…
Tika itu,,aku masih tidak mengerti apa-apa.
hanya mampu tersnyum ..
persoalan memenuhi minda..
Seusia kuningku,
Remaja bertandang bersama warna-warna pelangi..
Ayah terus memujiMU :
”DIA lah sandaran hati yang paling tepat!”
Ayah meminta aku mendekatiMU..
menjadikanMU teman setia suka dukaku.
.kerana Kau sangat ‘prihatin’… bersifat ‘pmebimbing’..
Kata ayah aku ‘terlindung’ dalam belaian ‘RahmahMU’..
Tika itu, aku masih belum mengerti sepenuhnya.
namun aku dah mula jatuh cinta padaMU.
Seusia dewasaku,
Ayah tiada lagi untuk mengingatkan aku akan kehebatanMU..
Namun bisikan terakhir ayah tak pernah akan tersirna..
“Di mana pun kau berada anakku..
jangan pernah lupa pada DIA
selagi engakau setia padaNYA..
DIA akan sedia ada untukmu
Tika itu, aku sudah memahami… erti ‘Cinta Hakiki’..
Segala warna pelangi ku tolak tepi.
Kekasih..
Meskipun aku terlalu ‘kerdil’ untuk menggapai cintaMU..
Meskipun kasihku tak seagung cinta KEKASIHMU (R.A)..
Meskipun langkahku sering tersungkur.
Namun..aku adalah aku....kembara adalah hidupku..
Pendakian ini tidak akan terhenti
Hanya satu pencarianku…
RIDHOMU… ROBBY..!!!
Pendaki senja (7610)

BICARA BUAT KEKASIH (2)
Kekasih,
Jika tidak keterlaluan..
Kurniakan padaku….Hati para nabi
Agar dapat kutelan…Segala nikmat dan ujian
Dengan penuh kesyukuran
Jika tidak keterlaluan
Ingin kulayari Persada ArasyMu ….Beradu di singgahsanaMu
Agar dapat kuselami hakikat keagungan…
yang tak terjangkau dlam fikiran..

Jika tidak keterlaluan
Ingin kurenangi lautan makrifatMu
Agar hati ini….Tidak lagi terbelenggu
Pada cinta bersulam nafsu
Agar jiwa ini merdeka…..Dari cinta dunia..

Jkia tidak keterlaluan
Ingin kubersemadi
Di maqam kekasihMu(R.A)
Mekar mengharum sebuah cinta
Seorang abdi… yang tidak terbeli
Jika tidak keterlaluan
Ingin kuberlindung ….Dalam bahtera Nuh
Agar aku tidak tenggelam
Di lautan kealpaan….Yang mengheret hidupku
Ke pentas penyesalan…
Prndaki senja (0906)

BICARA BUAT KEKASIH (3)
Kekasih,
Hari-hari yang meniti laluan hidpku… seorang kembara
Menyaksikan ..sejuta citawarna..
Tentang pendamba kasih-Mu
(i)Bicara-bicara suffy..menghiasi bibir
Namu hati..minda..
Masih terus melangkah..ke titian yang bernoda
(ii)Setia hanya terungkap
Pada bait-bait puisi di sendu malam
Namun yang terjelma..irama yang tidak sekata
Kekasih
Aku semakin keliru
Pada manisnya madu..pada pahitnya hempedu
Kerana musafir ini…menemukan aku
Pada madu bersalut hempedu
Dan terkadang..disbalik hampedu terselit manisnya madu
Kekasih,
Suluhlah musafirku..dengan pelita kudusMu
Agar hati ini..tidak mudah terluka..
Agar hati ini …tidak lagi terdera
Dengan hambatan fitnah
Yang menguji..ketulusan cintaku padaMu..
Robby!!!
Pendaki senja(0504)

Ulasan

Catatan Popular