Nak masuk Syurga??

Assalamualaikum wrt. wbkt..
Saudara2ku !! Putera puteriku!!

Rasanya.. soalan di atas itu seakan2 soalan 'pelik' kan... Siapalah yang akan jawab:"tak nak!!" .. sememangnya firah manusia itu sama saja.. nak yang baik2 dan tak nak perkara yang tak baik..walau siapapun dia..orang yang taat atau yang biasa lakukan maksiat.. yang beriman atau yang masih kufur..kecil, besar, tua-muda.. pasti jawapannya 'YA' kan.. Tp sebenarnya... Soalan ini bukan sebarang soalan.. bukan nakkan jawapan tapi sebagai muqaddimah untuk berkongsi ilmu dan muhasabah.. sebagai satu teknik 'pemancingan hati' mad'u agar orang yang dinasihati teruja hatinya untuk mengetahui suatu hakikat yang belum dia ketahui ataupun mungkin belum dia hayati dan realisasikan dalam kehidupan meskipun dah tahu.. kenapa saya katakan demikian???..Kerana.... soalan ini diajukan oleh rasulullah sendiri kepada khalil baginda saw, Abu Zar :
"Wahai, Abu Zar, apakah kau ingin masuk SYURGA??"
Abu Zar menjawab : " YA"
Rasulullah saw bersabda:"Kurangilah dari ( selalu) berangan-angan..
jadikan maut selalu di ruang matamu.....dan
malulah kepada Allah dengan setulusnya...."

Abu Zar berkata :" Ya Rasulullah!! Kami semua MALU kepada Allah"

Rasulullah menjawab :" Bukan itu, tetapi MALU kepada Allah itu ialah..
tidak melupakan kubur dan saat kebinasaan ...
menjaga perut dan apa yang masuk di dalamnya...
menjaga kepala dan apa yang di sekitarnya(pancaindera)
Sesiapa yang inginkan KEHORMATAN AKHIRAT hendaklah
meninggalkan KEINDAHAN DUNIA...."

Nah jelas dari wasiat ini.. persoalan yang sebenar ialah PEMBERITAHUAN yg tersirat.. nak masuk SYURGA perlukan ilmu disertai amal ..perlukan kunci untuk membuka pintunya... perlukan 'PASSWORD" sah menjadi ahlinya.. di antaranya:
  • Sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapi hari kematian dan perjalanan selepas mati..
  • malu untuk melakukan maksiat kpd Allah dan rasulNya
  • memelihara rezeki dan nikmat Allah ke jalanNya
  • mengarahkan nikmat pancaindera untuk tunduk patuh pada suruhan Allah
  • Zuhud dunia..cintakan akhirat
Hayati pula firman Allah ayat 88-89 dalam surah at-Taubah yang mafhumnya..
"..tetapi rasul dan orag2 yag beriman bersamanya,(mereka) berjihad dengan harta2 danjiwa mereka.Mereka itu mwmperolehi kebqikan.Merka itulah orang yang beruntung.Allah telah menyediakannbagi mereka syurga yang mengalir dibawahnya sungai2.mereka kekal didalamnya.Itulah kemenangan yang agung.."

Saudara2ku!! Putera puteriku!!
Hasrat hanya tinggal hasrat jika tidak diiringi dengan usha.. untuk itu, sama-samalah kita berusaha tanpa putus asa.. menjadikan saranan dan tunjuk ajar baginda saw. di atas sebagai hiasan iman di jiwa dan reality kehidupan kita selaku HAMBA sehingga layak menjadi tetamuNYA di sana...pada kehidupan yang ABADI..di SYURGA FIRDAUSI...

Semoga kita bukanlah termasuk golongan yang ENGGAN masuk syurga .. seperti yang dijelaskan dalam satu hadis riwayat imam Bukhari, Rasulullah saw. .bersabda:
" Setiap orang dari umatku akan masuk SYURGA kecuali orang yang ENGGAN.." sahabat bertanya :" Siapakah orang yang ENGGAN itu Ya Rasulullah?" ..Lalu Rasulullah menjawab.." Siapa yang TAAT kepada ku akan masuk SYURGA..dan siapa yang DERHAKA adalah dia dari orang yang ingkar(ENGGAN)"

Saudara2ku!Putera puteriku!!
sama2lah kita ajukan soalan pada diri kita.. dengan amalan yang ada sekarang, kita sebenarnya di golongan yang mana ?? yang BENAR2 MAHU masuk SYURGA atau MAHU tapi ENGGAN??? ..
setelah dapat jawapan, AMBILLAH LANGKAH TEPAT sebelumTERLAMBAT!

Moga ada manfaatnya perkongsian tafakkur ini..
Bersamalah kita tingkatkan kefahaman beragama..
tingkatkan amal..tingkatkan ketaatan dan ketakwaan..
Moga langkah kita semakin mudah dan terarah menuju ridhoNya..

Salam Muhasabah..salam muraqabah...
Teruskan Mujahadah.. ke arah Mardhatillah!!

Ulasan

Catatan Popular