Muhasabah Cinta..

Al-Kisah ...Kerana Cinta!!
Kerana cinta..
Masyithah derhaka.. pada raja yang derhaka
air menggelegak menjadi pilihan..
bayi suci turut disyahidkan
Kerana cinta...
Siti Asiah pilih tidak setia..
rela kehilangan kekasih di dunia
yakin janji KEKASIH di syurga...
Kerana cinta...
Nabi ibrahim menjadikan mimpi satu reality
pasrah korbankan anak sendiri
kerana cinta...
Nabi Ismail tidak membantah
kedua2nya tunduk ikut perintah
Kerana cinta...
sumayyah menolak tawaran dunia
kata TIDAK pada 'uzza'' dan latta"
pilih syahid di sula
Kerana cinta...
Bilal rela terus di siksa
tidak tega menjual agama..
untuk merdeka dari hamba..
Kerana cinta..
Siti Hajar rendahkan hati
menerima insan ke dua buat suami
musafir fakir bersama bayi..
dipadang sahara hidup berdikari
Kerana cinta..
Nabi Ayyub ridho dalam derita
walau terlantar..tetap bersabar
walau hilang nikmat dunia..
nikmat iman tetap dipelihara..
Kerana cinta..
Rabia'tul adawiyyah menolak cinta
ibadah tulus tiada tolok bandingnya
tidak mengharapkan syurga ..takut neraka
hanya ridho KEKASIH... menjadi buruannya
Kerana cinta...
Sayyidina Ali .. nekad di hati
menempah maut di katil nabi
beri laluan pada Nabi Allah tercinta
misi Hijrah piihan utama..
Kerana cinta..
Zainab al-Gazali menolak tawaran murahan
lalu.. menjadi santapan anjing kelaparan
walau menjadi tawanan di rumah sendiri
laungan kebenaran tidak pernah terhenti..
Kerana cinta...
Ashabul kahfi sembunyikan diri
bukan takut mati..tapi selamatkan iman dihati..
tidak ridho menjadi abdi kepada ABDI
Kerana cinta...
kekasih2 Allah ini zuhud dunia
Cinta akhirat lebih utama..
Itulah al-kisah.. cinta agung
mencintai Pencipta cinta melebihi segala...
"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan rasulullah
lebih dia cintai dari selain kedua2nya.."
Muhasabah cinta..
Saudara2ku.. putera puteriku!!
Bagaimana cinta saya dan anda??
Kita juga berbicara tentang cinta..
membahaskan tentang cinta..
Benarkah cinta padaNya melebihi segalanya??
Apa bukti cinta agung ..
yang boleh menjadi sejarah
menjadi idola anak cucu kita..
Marilah.. kita rendahkan hati..
tafakkur bersama..
Cinta dilisan akan hanya jadi hujjah ..
untuk mendakwa cinta di hati ..
Salam MUHASABAH..
Salam MAHABBBAH
Teruskan mujahadah...
Ulasan