Melayari Tarbiyyah Rasulullah saw.



Assalamualaikum wrt wbkt..

Saudara2ku.. Putera puteriku..!!

Kasihsayang Rasulullah saw pada umatnya bukanlah perkara rahsia.. dan keperhatinan Rasulullah saw kepada para sahabat dan anak didik baginda sememangnya tidak berbelah bagi.. Tersingkap dalam sejarah, kasihsayang Rasulullah pada sahabat dan umat tidak hanya setakat untuk kehidupan duniawy semata... malah ianya menjangkau kepada kehidupan ukhrawy..

Rasulullah saw adalah sebaik2 murabby.. siapa nak menafikannnya??Baginda berjaya menambat hati kawan dan lawan lewat tarbiyah lisanul hal (contoh teladan)dan lisanul Qaul(nasihat/teguran).. lewat ruang sesederhana ini, PS ingin membawa minda dan hati kita untuk sama-sama melayari tarbiyyah rasulullah pada sahabat kesayangan baginda lewat nasihat2 dan teguran.. titipan mutiara yang berjaya diterjemahkan oleh para sahabat dalam reality kehidupan mereka sehingga layak menjadi insan pilihan Allah untuk menemani rasulullah saw di syurgaNya kelak...

Untuk paparan seterusnya, PS ingin berkongsi nasihat2 baginda saw kepada salah seorang sahabat agung yg dijanjikan syurga iaitu Abu Zar al-Ghifari.. namun sebelum itu mari berkenalan dengan Abu Zar...

SIAPA ABU ZAR AL-GHIFARI???
  • Nama sebenar Jundub bin Junadah
  • sahabat yg sangat rapat dan mesra dengan baginda
  • mendapat gelaran 'khalili' iaitu' sahabat akrabku' drp rasulullah saw.
  • sangat menonjol keikhlasannya dalam berjuang
  • sangat menyayangi golongan fakir dan miskin sehingga bergelar 'bapa' kaum fakir miskin
  • seorang khalifah Islam yang tegas menyatakan kebenaran di mana sahaja tanpa mengenal ruang,waktu dan keadaan.

Jika kita melayari tarbiyyah baginda terhadap Abu Zar sehingga dia menjadi pelapis perjuangan dan sahabat kesayangan rasulullah yang berani dan matang, pastinya kita tidak hairan melihat sikap, akhlak dan keberanian Abu Zar..

Pada suatu ketika yg lapang , Rasulullah saw. mengajak Abu Zar berjalan-jalan keluar bandar dengan menaiki unta .. ketika itulah baginda menyampaikan wasiat-wasiat sambil membina peribadi Abu Zar secara khusus itu.. Rasulullah membinanya supaya hidup bersederhana..di kala keduanya berada didekat gunung Uhud, rasulullah bersabda kepadanya..

"Andaikata gunung Uhud menjadi emas dan meminta
supaya aku memilikinya , pasti aku menolaknya"

bersambung...

Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
Knpa bliau diglar abu zar??

Catatan Popular