Lambaian syahid di GAZA !!

Assalamualaikum wrt.wbkt..

Saudara2ku!! putera puteriku!!!
Kali ini , marilah kita muhasabah diri.. sejauhmana kepekaan kita pada nasib dan penderitaan saudara seislam kita khusunya di Palestin???

Tafakkur Pertama: Mampukah kita menggadai nyawa menghalang kematian
yang memburu saudara kita?? Adakah kita seberani remaja2 palestin yang membalas peluru dengan batu?? adakah kita seberani remaja wanita ini?? Siapa dia..??
tidak berjilbab.. tapi punya semangat juang yang tinggi!!!
Remaja kita..apa yang difikirkan??



Tafakkur ke dua: Kita rasa kita cukup derita?? ujian demi ujian mendatang?? Bandingkan dengan apa dirasai ..di hadapi saudara2 kita.. remaja2 palestin yang sebaya.. tiada kedamaian untuk menuntut ilmu.. setiap hari ada saja yang kehilangan orang tersayang.. si kecil hidup dalam ketakutan.. Apalah sangat ujian yang kita tanggung jika dibanding dengan mereka!!



Tafakkur ke 3: Apakah perasaan anda jika ia berlaku pada anak2 anda, adik beradik anda??
Kekejaman yang tidak mengenal lawan selayaknya...


Tafakkur ke 4: Wanita2 muslim di tawan dan dipersendakan... bagaimana kalau
ia berlaku pada mak,kakak, adik atau makcik anda??

http://www.paltimes.net/data/news/images/7b1edbe805c901b61578ba6368ea10f7.jpg



Tafakkur ke5: Tidak hanya pejuang..peladang2 yg tidak bersenjata juga menjadi sasaran manusia kejam..ISRAEL sehinggakan binatang tempat berlindung juga tidak terlepas dari kekejaman mereka...


Tafakkur 6: Apakah persepsi anda pada pelaku kekejaman terhadap saudara kita ini??
Telah jelas.. kekejaman ini melanggar etika peperangan antara bangsa.... dan apa pula peranan yg perlu kita lakukan untuk meringankan beban saudara2 kita di sana??

Saudara2ku!! Putera puteriku!!

Lalu.. apa yang kita boleh katakan lagi?? Masih mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan hidup? Masih mengeluh bila di uji dengan kesakitan?? Masih terasa besarkah ujian emosi dan peasaan bila dikecewakan?? Masih puutsasa bila gagal dalam pelajaran?? gagal dalam satu kerjaya?? Apakah jika kita rasai semua ini.. kita tidak ada peluang langsung untuk merubah keadaan?? untuk berusaha ke arah kesembuhan??untuk mengorak langkah dengan kerjaya baru?? Perbaiki diri untuk capai kejayaan yang mungkin tertangguh?

Sesungguhnya saudara2ku!!
Kita sangat bertuah!! dalam menempuh ujian, kita masih aman bersama keluarga tersayang..kita dalam keadaan MERDEKA!!! Namun, sayang!! KEMERDEKAAN itu kadang2 membuat mata kita tertutup untuk melihat serangan bentuk lain yang mengarah kepada kita... Jika di sana.. diserang dengan kekerasan... disini...kita di serang dengan kelembutan .. Di sana, jasad jadi sasaran.. di sini, minda dan jiwa di tawan.. di sana ramai yang MATI mulia kerana syahid.. di sini...ramai yang MATI dalam HIDUP yang hina!! Fikir2kan!! Apa kah kita akan terus leka dengan serangan 2 muzik yang mengasyikkan...kemudahan IT yg tak terkawal .. permainan yang melalaikan.. kebebasan yang disalahertikan...??? dan kemajuan yang tidak seimbang..??

Untuk itu saudara2ku!! Putera puteriku??
Marilah kita sama2 bangkitlah dari igauan duniawy dan lena yang panjang... Bangkitkan keinsafan dalam diri.. bersungguh2lah untuk memahami agama yang terpilih ini..ISLAM.. hayatilah dan realisasikan dalam kehidupan.. tegakkan ISLAM dalam diri..dalamkehidupan keluarga kita.. dampingan kita.. masyarakat setempat kita...Ingatlah pesan AR-RAHMAN..yang bermaksud.."Peliharalah(agama)Allah ..nescaya Allah akan memelihara kamu..Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatinya (sentiasa) bersama kamu.."

Semoga kita, keluarga kita dan negara kita terpelihara dari bala dunia dan akhirat..
terpelihara dari ujian2 yang berat seperti yang dideritai oleh saudara kita di palestin..
Pintaku juga..sama2lah kita tidak kedekut untuk mendoakan kesejahteraan saudara2 kita di mana saja mereka berada.. mendoakan kemenangan tentera2 Allah berhadapan musuh laknatullah.. mendoakan pembebasan Ghaza ...

Moga paparan ini ada manfaatnya..
Salam Ukhuwwah..salam muhasabah..
Teruskan mujahadah.. ke arah mardhatillah..

Ulasan

Catatan Popular