ILMU dan CINTA DUNIA
Buat renungan bersama..

(i)
Apabila hidayah sahaja
tidak bertemu dengan taufiq
selalu sahaja salah bertindak
Hidayah mudah di dapati
taufiq susah di cari
hidayah seperti ilmu
taufiq ialah amal yg dapat di tathbiq dgn ilmu
(pimpinan untuk mengamalkan ilmu)
apabila hidayah dan taufik diperolehi
oleh seseorang
akan tepatlah semua tindakannya
(Ariff billah Ibrahim bin Khawwas)
(ii)
Kalau kita memberi nasihat
tidak meruba h jiwa orang
samaada kita yang bersalah
atau pendengar yang bersalah
atau kedua-duanya bersalah
di antara sebabnya
kerana hati kita cinta dunia
Orang yang jahat itu
menggunakan dunia untuk dunia
yang paling jahat
gunakan akhirat untuk dunia
Punca derita jiwa
kerana tenggelam dalam cinta dunia
sebabnya...
waktu berusaha mendapatkannya
hati bimbang...
bila ternyata tidak dapat
hati kecewa..
bila dapat ...takut luput(hilang) pula
Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat
untuk mendapatkan dunia,
maka akan rosaklah dunia dan manusia
ulamak akan hilang kehebatannya
dan tidak dihormati lagi
Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia
yang bersifat sementara
kita akan kehilangan nikmat akhirat
yang kekal selama-lamanya
Barangsiapa yang meninggalkan dosa(kesalahan)
akan lembut jiwanya...
(Sufyan At Tsauri)
(iii)
Sesiapa yang tidak berakhlak.. tiadalah ILMU nya
Sesiapa yang tidak SABAR..tiadalah AGAMA nya
Sesiapa yang tidak WARAK(memelihara agamanya)
tiadalah DARJAT nya di sisi Allah
(Imam Hassan al-Bashry)
( Di petik dari kitab"Wasiat Syeikh Abd Qadir Jailany")
Ulasan