Kekhilafan dan hakikat CINTA

Assalamualaikum..

Sesekali kita buka kitab ulamak2 terdahulu..
kita hayati mutiara kalam yang amat berharga..
ringkas tapi padat dengan nasihat dan tazkirah...
Buat renungan dan muhasabah diri bersama...


Dinukilkan dalam kitab "Nasihat Syeikh A.Q.Jailany".. bahawa imam Hassan Asy-Sazali bermadah:

(i)

Punca KERISAUAN HATI itu salah satu dari tiga perkara:
1. Kerana DOSA
2.Kerana kehilangan dunia
(harta/pangkat/wanita)
3.Kerana dihina orang

Tindakan yang perlu dilakukan:
1. Kalau merasa berdosa, segera bertaubat
2.Kalau kerana kehilangan dunia, haruslah ridha dan menyerah kepada hukum Allah
3.Kalau di hina harus SABAR

Bila seorang itu merasa berdosa...lebih2 lagi bila berdosa...jiwanya tersiksa kerana takutkannya, inilah orang yang sebenar2nya HAMBA.moga2 dengan itu merupakan penghapusan dosanya..

Membuat kesalahan kerana tidak tahu, adalah satu kesalahan..salahnya kerana tidak belajar... Membuat salah setelah belajar iaitu melakukan kesalahan setelah SEDAR adalah dosa besar..

Kesalahan itu satu DOSA..bertambah dosa bila tidak mahu mengaku kesalahan..Akan bertambah besar DOSA apabila tidak mahu berTaubat dari melakukan dosa..


(ii)


Ramai orang yang pernah bertemu tapi tak pernah berCINTA..sebaliknya ada yang tak pernah bertemu tapi bercinta(berkasihsayang)...Mengharapkan selain Allah , jika dapat BERBANGGA...jika tak dapat KECEWA... Mengharapkan Allah, hati lapang, tenang dan kaya...

CINTAkan Allah CINTA yang tidak luntur dan ABADI.. selainnya CINTA yang luntur dan berakhir...

Orang yang mengenal Allah dengan ILMU seperti seorang yang mendengar bahawa gula itu manis tapi belum merasanya... Orang yang mengenal Allah dengan HATI seperti orang yang telah merasai manisnya gula

MABUK CINTA hingga jadi gila(FANA) adalah dibenarkan...tapi HANYA kepada ALLAH...

Ulasan

Catatan Popular