KUASA DI ATAS KUASA (Siri Teladan 2)

[idolaku punya kisah: Bonda Zainab Gazali al-jubaily]

Zainab al-Gazali adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya.Beliau hidup di zaman pemerintahan Jamal Abd Nasir di MESIR..Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar.

Kisah bonda Zainab... Satu lagi tanda kebenaran janji Allah buat hambaNya yang bertaqwa... Tika manusia berkuasa(THOGUT) merasa tiada kuasa yang boleh menghalang kuasa mereka untuk menyakiti dan menghapuskan seorang wanita yang hanya mengabdikan dirinya di jalan Allah .. Allah datang sebagai pembela.. menunaikan janji yang termateri.." Sesungguhnya Allah tidak menyia2kan setiap amalan orang2 yang berbuat kebaikan.. SUBHANALLAH !! janji itu benar-benar berlaku..


[Doa bonda Zainab al-Gazali ketika di baham dengan ganas oleh puluhan anjing liar di penjara Mesir pada ogos 1965M)


"Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku.. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung.. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya
Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Saudara2ku!!! Putera puteriku!!
Lihatlah pada wajah garang anjing ini!! pada taringnya yang tajam!!!bayangkan bagaimana kalau ia dibiarkan lapar beberapa hari kemudian dihidangkan dengan daging segar...bayangkanlah!!! andaunya daging itu adalah anda.!! apa yang akan berlaku?? cukuplah bayangkan satu ekor sahaja!!!dapatkah anda byangkan apa yang akan terjadi pada diri anda!!!


MASYA ALLAH!! Alangkah busuknya hati THOGUT yang melakukan kekejaman ini pada sorang wanita .. hanya kerana dia mengajak manusia kepada Allah ...agar manusia mengabdikan diri (patuh) pada keseluruhan perintah2 Allah.. bebaskan diri dari menjadi hamba kepada sesama hamba..yang meneruskan perjuangan rasulullah saw..dihadapkan kepada bukan hanya seekor tapi puluhan anjing liar yang lapar...

Mujahidah agung ini hanya mampu berserah.. dalam cemasnya..terbit kepasrahan.. hidup mulia mati syahid.. doa di atas membuktikan ketulusan CINTA AGUNG buat KEKASIH AGUNG..

Inilah masanya CINTA teruji... mujahidah agung ditawarkan DUNIA.. pilihan murahan... Kebebasan bersama JAWATAN dan KEKAYAAN dengan syarat tinggalkan DAKWAH dan perjuangan..... Mujahidah agung pilih syahid di jalan ISLAM.. inilah punca kemarahan .. THOGUT durjana membuat keputusan.. Mujahidah agung dijadikan santapan anjing kelaparan..namun,di atas KUASA ada Yang MAHA BERKUASA ...Kalam Robbuna tak pernah tersasar...Janji Allah janji yang pasti... "Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang berSABAR!!"

Kesudahan peristiwa ini dirakamkan oleh bonda Zainab dalam kitabnya.."HARI2 DALAM HIDUPKU"...

"....Doa kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) "


Wahai jiwa2 pejuang kebenaran!! mehnah perjuangan adalah santapan dalam perjalanan.. jadikan kisah bonda Zainab ini sebagai teladan... istiqomah di jalan kebenaran.. yakinlah pada janji ar-Rahman...

Salam Mujahadah..Salam ukhuwwah..
Salam muhasabah... Teruskan langkah di jalan Allah...


Ulasan

Catatan Popular