bicara suffy( 4)

(sambungan)
Wasiat dari Syeikh Abd Qadir Jailani
Annakku!!
Ingkar dengan Allah itu menjauhkanmu daripadaNya.. Kembalilah dari ingkar sebelum ular dan kala cuba mematuk dan membinasakanmu..Janganlah terlalu gembira dengan apa yang kau miliki kerana ia akan hilang dalam masa terdekat..Allah swt. berfirman yg bermaksud:" Sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dgn serta merta" (Al-An'am:44)
Orang2 yg cinta kepada Allah itu diuji lalu mereka diberi ilham untuk melakukan kebaikan dalam keadaan mereka mendapat ujian..mereka bersabar terhadap ujian baru dari sisi Tuhan mereka..
Anakku!!
Telah ramai orang yang mengingkari nikmat2 Allah dan menggunakannya untuk kefasikan dan dosa..Ramai orang yang lemah dirumahnya, bertaqwa dikedainya(dipejabatnya) ..
Wahai anak!!
kita diciptakan bukanlah untuk kekal dan bersenang2 di dunia, maka ubahlah perkara2 yang dibenci Allah yang masih ada padamu..kerana kamu telah menerima untuk taat kepada Allah dengan ucapan.." Tiada Tuhan melainkan Allah.. dan Muhammad adalah utusan Allah"..
Ucapan ini tidaklah berguna bagimu sehingga kau melengkapinya dengan sesuatu yang lain..IMAN adalah PERKATAAN dan AMAL.. Iman tidak diterima dan tidak bermanfaat kepdmu apabila kau menghadap dengan kemaksiatan, kesalahan dan menentang Allah.. terus dalam keadaan itu.. masih meninggalkan(melalaikan) solat, puasa, zakat dan amalan-malan yang baik.Manakah dua kalimah syahadah yang yg berguna bagimu? Apabila kau mengucapkan "Tidak ada Tuhan melainkah Allah, bereti kau telah membuat akuan..
Lalu ditanya.."Wahai org yg mengucapkan(sedemikian),apakah kamu mempunyai bukti? apa buktinya?" Bukti pengakuan ini adalah mengikuti perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah, sabar terhadap ujian dan berserah diri pada takdir(stelah berusaha)..
Apabila kamu melakukan amalan ini, maka amalan ini tidak diterima dari kamu kecuali dengan IKHLAS kpd Allah..Tidaklah diterima PERKATAAN tanpa AMAL dan AMAL tidak diterima tanpa IKHLAS dan SESUAI DGN ASSUNNAH.
Anakku!!
Peliharalah mindamu tehadap Robb..berhati2lah terhadapNya..sesungguhnya siksaanNya amat pedih..Dia mengambilmu dari amanmu..dari sihatmu..dari keburukanmu dan dari kesombonganmu.Bertaqwalah kepadaNya..Sesungguhnya DIA Tuhan langit dan Tuhan bumi.. peliharalah nikmat2Nya dgn syukur..terimalah perintah dan laranganNya dengan mendengar serta TAAT..terimalah kesulitan dengan sabar dan kemudahan dengan syukur..hindarilah kemaksiatan dan lakukan ketaatan serta peliharalah batas2nya..ingatlah mati dan apa yang ada disebalik kematian..ingatlah Allah, hisabNya dan pandanganNya kepadamu..
Sedarlah anakku!! sampai bila lenamu? sampai bila kebodohan dan pengulangan dalam keingkaran ini? Sampai bila melakukan ibadah disertai dengan hawa nafsu dan mengikut adat(budaya)? Mengapa tidak bersopan dalam ibadah kepada Allah dan mengikuti SyariatNya??Mengapa tidak bersopan dgn tatasusila kesopanan Al Quran dan sabda Nabi?
Wahai anakku!!
Janganlah kau bergaul dengan manusia disertai kebutaan, kejahilan,kelalaian dan tidur!! Pergaulilah mereka dengan mata hati, pengetahuan dan kesedaran.. Apabila kau melihat dari mereka sesuatu yang kamu puji, maka ikutilah.. Apabila kau melihat sesuatu yang tidak baik , maka jauhilah dan hindarilah mereka..
Anakku!!
Zaman ini adalah zaman(suka) mengambil yang mudah(rukhsah) ..zaman riya'(menunjuk2 amalan)..nifaq(hipokrit) dan mengambil harta tanpa hak. Telah ramai orang yang mengerjakan solat, puasa, haji, menunaikan zakat dan mengerjakan amalan2 baik kerana makhluk bukan kerana Khaliq..
Anakku!!
Hidupnya hati dengan keluar dari makhluk dan berdiri secara penuh pengertian bersama Allah(ikhlaskan amal kerana Nya)..Hidupnya hati dengan mengikuti perintah Allah, menjauhi laranganNya dan sabar bersamaNya atas ujian-ujianNya..qada' dan qadarNya..
Celakalah kamu (dengan hanya)berfikir mengenai urusan(dunia)mu..berfikirlah mengenai hati!! Apabila kamu melihat bahawa kamu mempunyai kebaikan, maka bersyukurlah kepada Allah swt.. Apabila kamu melihat kamu mempunyai keburukan, maka bertaubatlah!!!
Dengan tafakkur ini, hiduplah agamamu dan mati syaithanmu..Oleh kerana itu dikatakan ..:" Tafakkur satu jam lebih baik daripada ibadah malam sepanjang malam"
Wahai anak!!
Kamu tergolong orang yang sihat selamamana kamu duduk di dalam rumah hawa nafsu dan nalurimu(tidak mengikutinya).. kamu tidak sihat selamamana kamu melawan makhluk mengenai apa yang mereka miliki, menarik perhatian mereka dengan riya' dan nifaqmu.. kamu tidak sihat selama kamu cintakan dunia..kamu tidak sihat selamamana kamu percaya dengan hatimu terhadap sesuatu selain Allah swt..
"Ya Allah !! berilah kami kesihatan bersama-Mu"
Firman Allah bermaksud :
"Ya Tuhan kami!! berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada siksa neraka"(al-Baqrah:201)
(dipetik dari kitab "Wasiat Syeikh Abd Qadir Jailani"
....akan bersambung....
Ulasan