Bicara buat srikandi Islam(3)
.jpg)
Puteri2 ku!!
Selagi nadi bergerak, selagi mampu menghirup udara dunia.. jangan sesekali kau matikan dirimu dalam dunia yang kelam.. tenggelam dalam arus kemurungan... lemas dalam lautan kekecewaan.. "HIDUP ADALAH PERJUANGAN"... Berusahalah ke arah..memiliki kekayaan iman..kaya ilmu..kaya amal...kaya ahklak..kaya jiwa...meskipun miskin harta.. kerana tanpa iman, ilmu, amal berserta mujahadah yang terus di asuh dan di asah, hari ini tidak akan menjadi lebih baik dari semalam...
Puteri2ku!!
Siapalah kita..nak lari dari ujian??..
lantaran itulah kita diwujudkan..
Ar-Rahim mengingatkan:"Tidak seorangpun bani Adam dilahirkan kecuali untuk di uji"... "Adakah mereka dibiarkan berkata"kami beriman" sedangkan mereka tidak di uji??"
Hanya yang wajar, puteri2ku!!
kita layari hidup ini dengan bekalan yang telah disajikan dan diwarisi oleh junjungan..
"Aku wasiatkan kepada kamu dua perkara..jika kamu berpegang kpd kedua2nya..kamu x akan sesat buat selama2nya..iaitulah KITAB ALLAH dan SUNNAH RASULULLAH.."
Oleh itu puteri2ku!!
Istiqamahlah!!
Mulakan harimu dengan kitabullah..
sudahi harimu dengan kalam rasulillah..
jiwamu..hatimu akan terpimpin..insya Allah!!
dampingilah puteri2ku!!! rakan2 solehah..
yang menegur khilafmu lebih banyak dari memuji kebaikanmu..
hidupkan puteri2ku!! sunnah sahabiyyah...
pelihara 'fana'mu dalam pertemuan dengan KEKASIH di sendu malam..
raihlah puteri2ku!!
kekhusyukan Rabiatul adawiyah dalam munajat hakiki..
ketulusan cintanya dalam pengabdian....
kesabaran fatimah dalam kemiskinan...
Hayatilah puteri2ku !!
ketabahan sumayyah menjulang aqidah
kebijaksanaan ilmuan muda sayyidatina Aisyah..
kesucian maryam memelihara maruah..
pengorbanan siti Asiah memilih cinta Allah...
hindarilah puteri2ku!!
'buta' dalam celik...'tuli' dalam mendengar
'lena' dalam jaga....'jahil' dalam arif
ILMU semata bukan penjamin TAAT nya hamba..
IMAN dan TAQWA adalah kayu ukurnya...
hindari munafiq dalam ketaatan...
Bathiin dan Zahir tidak seiringan...
Puteri2ku..
andai hatimu nekad menjejak sinar risalah DAKWAH..
usah biarkan langkahmu keliru.. usah biar minda bercelaru..
carilah kebenaran berpandukan wahyu..
andainya kau temui taman syurga duniawiy..
berpaksikan cinta ukhrawiy..
usah berpaling lagi.. teruskan gerak srikandi...
Umie amat mengharapkan kebaikan/kejayaan duniamu...
Umie lebih mengharapkan kebaikan/kejayaan akhiratmu..
Ulasan