Bicara buat Srikandi Islam (2)



Srikandi Islam... Srikandi Tabah..

Srikandi Islam..
lewat bait meniti bait dalam munajat
doa meniti doa.. hanya harap menggunung sasa
agar… tiada lagi resah membungkam di dada
agar… tiada lagi mehnah memberat di minda
agar …langkah srikandimu menungkah arus
maju… untuk terus memburu..di lautan ilmu..
bangkit untuk terus menegak yang hak..
mencantas yang bathil dengan bijak..
kerana engkau srikandi tabah..

Srikandi tabah!
Harap meniti dari satu bait ke satu bait dalam doa..
Harap demi harap…doa demi doa..
Agar.. berakhir catatan merah, kelabu dan jingga
Yang mewarnai hidupmu..

Srikandi tabah!
Bawalah dukamu mendaki arasy..
Selongkar rahsia KEKASIHmu!!
Menanti sang damai..mengairi taman2 firdausi…
Membelai lembut imanmu yg utuh
Satria tampan menghampiri dengan pujuk rayu..
“Usah sedih membelai mehnah di dunia sementara..
Usah resah menelan fitnah tika musafir kelana…
Ku kan setia menyulam rindu..membelai janji hingga temu bersatu..

Srikandi tabah!!
Andai resah datang bersinggah..
Hanyutkan ia tenggelam dalam kalam suci
Meniti bait demi bait..bersama melody keinsafan..
Semoga runtuh tembok kealpaan..keegoan..kejahilan
Bersama jatuhnya titisan penyesalan.. merungkai kekhilafan yang bersisa..
Hiburkan safarmu..dengan sunnah Nabi agung..
Rahmatnya menyusuri mata air dilaman nuranimu..
Tenang bagaikan aliran sungai yang senada
Suci lagi menyucikan..damai lagi mendamaikan…

Wahai Srikandi ummah!
Istiqamahlah dalam mujahadah..
Istiqamah dalam muhasabah..
Istiqamah dalam tabah..
Istiqamah fii sabilillah… a’la sunnah rasulillah..!!

Ulasan

Catatan Popular