~**Sambutan Raya: antara Adat dan Ibadat**~
.jpg)
DUA BENUA DUA BUDAYA
Syawal bakal membuka tirainya.. hanya bebrapa hari lagi.. Minggu ni, minggu yg paling sibuk bagi mejoriti rakyat berbilang kaum di Malysia..malah persiapan untuk itu dilakukan lebih awal..tak kurang juga yang dah menempah pakaian dan kuih raya sebelum masuk bulan ramadhan lagi..kehadiran eidul fitry pastinya di sambut semeriah-meriahnya.. di sebahagian tempat terus meraikannya sehingga sebulan syawal penuh...Bagi yang prihatin pada amalan sunat, pastinya ada yg berniat melaksanakan ibadah puasa sunat syawal(6 hari)..
Ini berbeza sama sekali dengan sambutan yang pernah ana lalui di salah sebuah negara diTimur Tengah.. Minggu terakhir romadhan mengundang kesedihan yang amat sangat..al-maklum, bulan barakah ini hanya datang setahun sekali..tiada jaminan untuk sesiapapun akan pasti menemuinya lagi pada tahun berikutnya..persiapan untuk eidulfitry dilakukan seadanyanya.. Selepas raya budaya kunjung mengunjung juga berlaku tetapi hanya setakat dua tiga hari saja.. suasana dijalan-jalan raya, seperti biasa saja... tiada keramaian yang ketara...takbir raya tidak dimelodykan seperti di negara2 asean..
Suasana keramaian akan lebih terserlah pada eidul Adha..amalan berkorban diutamakan..seolah-olah ianya satu kewajiban untuk setiap keluarga..tanda korban akan diabadikan di rumah kediaman.. Tuan rumah yang melaksanakan ibadah korban akan mencelopkan tapak tangan mereka dengan darah korban kemudian mengecopkannya di dinding rumah(bahagian beranda depan dekat pintu)mereka .. Sebagai pengunjung, kita akan tahu bahawa rumah tersebut ada melaksanakan ibadah yang mulia ini.. Kita akan dapat lihat fenomena hampir pada setiap pintu ,bangunan perumahan yang kita lewati..
IBADAH HANYA LAMBANG???
Di mana atau apapun budaya kita, sebagai hamba Allah.... hayatilah selalu janji yang kita materikan setiap hari dalam doa iftitah tika berhadapan dengan robbul jalil.."إن صلاتي ونسكي ومØÙŠØ§ÙŠ ÙˆÙ…Ù…Ø§ØªÙŠ لله رب العالمين" "Sesungguhnya solatku, amalan2ku, hidupku, matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam.."
Saudara2ku!!!
Dalam meraikan bulan kemenangan ini, jangan sampai kita salah faham dengan istilah ''KEMENANGAN" dan "ITQUN MINANNAR" ... Mungkin ,kita berjaya melepasi ibadah puasa penuh sebulan romadhan .. kita telah menghadiri solat tarawikh sepanjang malam2 bulan romadhan.. kita telah bersdeqah.. telah tunaikan zakat fitrah... alhamdulillah... namun, amalan2 ini hanya tinggal sebagai LAMBANG jika ia dilakukan kerana mengikut budaya setempat semata..atau dilakukan tanpa penghayatan dan tidak memenuhi syarat serta rukun sah sesuatu amalan.. atau amalan mulia ini masih bercampur dengan amalan kemungkaran(fujjar) termasuk penyakit2 bathin...hasad dengki.. riyak dan sum'ah terhadap amalan yang dilakukan...
Saudara2ku!!
Samaada sedar atau tidak... terkadang kita masih kurang memahami beza antara ADAT(budaya) dan ibadah dalam meraikan hari baik bulan baik ini... antara Syiar Islam dan LAMBANG budaya segelintir umat islam...
TERKADANG ia kelihatan seperti bulan qada' makan dan melepaskan nafsu yang tersekat(sedikit) di bulan romadhan.. konsert demi konsert raya dianjurkan..x kira di kampung dan di bandar...atas nama AMAL...tidak mengambil kira halal haram dalam perlaksanaannya... budaya kunjung mengunjung di kalangan remaja sudah mula tersasar dari tuntutan berkunjung yang disyarakkan.. Takbir raya hanya menjadi melody mengiringi perjalanan di dalam kenderaan .. atau melody iringan tika menjamu selera .. tika bertamu di rumah sahabat dan taulan..
TERKADANG, ia kelihatan seperti pesta pertunjukan fesyen pakaian dan persembahan rumah tercantik... Raya di anggap tidak berseri jika tidak ada pakaian baru... perabut2 baru...langsir baru.. cat rumah baru...kuih-muih beranika jenis.. Malah , segelintir dari kita awal-awal memaklumkan .."tahun ni kami tak sambut raya!" sebabnya..?? "tak cukup bajet tuk buat persiapan sperti orang lain.."
TERKADANG, ia kelihatan seperti bulan menambah beban HUTANG yang sedia ada...bila kita merasa keperluan meraikan eid ni dari sudut material sahaja...bukan dari sudut rohany..
TERKADANG, ia kelihatan seperti bulan munaqasyah dan perkiraan amalan... "berapa sudah puasa sunat syawalmu"?? berapa habis bajetmu untuk duit raya dan bersedeqah tahun ni?? Kau dapatkah istiqamah dengan amalan-amalan sunat dimalam-malam sepuluh akhir romadhan..?? Apa kau buat... aku begini...aku begitu..bla..bla...
Saudara2ku...! Anak2ku!
Mari kita bersama tingkatkan kefahaman beragama..kefahaman beramal...kita hayati sabda Junjungan.."Jika kamu hendakkan DUNIA hendaklah dengan ILMU.. Jika kamu hendakkan AKHIRAT hendaklah dengan ilmu..Jika kamu hendakkan kedua-duanya hendaklah dengan ILMU..."
PELIHARA IBADAT SEBAGAI TANDA PENGABDIAN..
Saudara2ku.. marilah kita bersama..
1)Ikhlaskan amalan kerana DIA.. bukan kerana terpaksa.. bukan untuk berlumba..bukan kerana nak jaga nama..bukan kerana selainNya...kita hayati kalam Robbuna yang bermaksud:
"Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali supaya mereka meyembah(mengabdikan diri)Allah dengan memurnikan(mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya"( Az-Zumar:3)
Rasulullah saw.. bersabda:" Allah tidak menerima sesuatu amlan, melainkan yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan kepada Nya, dan ditujukan hanya untuk mendapat ridhoNya."
Dalam satu riwayat.. apabila Rasulullah saw. ditanya :Apakah iman itu? baginda menjawab :
" iaitulah ikhlas kepada Allah s.w.t."
2)Bersihkan amalan dari riya'(ditunjuk2an) dan sum'ah(diperdengarkan)kepada orang lain..kerana riya' hanya merosakkan amalan..
Dalam surah al-Maun ayat 4-6 ..Ar-Rahman telah mengingatkan kita.." Maka celakalah orang yang bersembahyang...mereka lalai dalam sembahyangnya... mereka itu melakukan (kebaikkan ) untuk di lihat orang.."
Diriwayatkan bahawa Umar al-Khottab memasuki masjid.Ia mendapati Mu'adz bin Jabal sedang menangis di kubur Rasulullah saw.. kemudian ia berkata:"Apa yang menyebabkanmu menangis?Mu'adz menjawab:"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:" Sesungguhnya sedikit riya' itu termasuk syirik dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa..walau mereka tidak hadir,mereka tetap ada.. walaupun mereka hadir, mereka tidak di kenal(sebab x menonjolkan amalan)..hati mereka adalah pelita kebenaran..mereka selamat dari setiap keadaan yang sulit dan gelap"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah swt. menegaskan:" Sesiapa berpuasa dengan riya'(untuk diketahui orang ),maka ia telah mengongsikan amalan itu dengan selain Aku..sesiapa yang solat dengan riya', maka ia juga telah mensiyirikkan (ibadah itu dgn selainKu)..sesiapa yang bersedeqah dengan riya',maka dia juga telah mensyirikkan (amalan sedeqah itu dgan selainKu)"
3)hindarkan dari berbangga diri dengan amalan yang di laksanakan..
Allah mengisyaratkan gejala ni melalui FirmanNya yang bermaksud:"Mereka menyangka mereka telah berbuat sebaik-baiknya"(Al-Kahfy:18)..sehubungan dengan itu, Rasulullah saw. telah bersabda:"Tiga sifat yang membinasakan: kikir yang dituruti...hawa nafsu yang diikuti...dan kebanggaan manusia terhadap diri( dan amalan)nya sendiri"
4)pelihara amalan baik dari bercampur dengan kemungkaran..kerana amalan baik itu umpama air dan amalan mungkar itu ibarat minyak..selamanya ia tak akan menyatu .. Al-Quran telah mengkiaskan hakikat ini dengan merakamkan kisah persembahan Qurban dari ke dua-dua anak nabi Adam alaihissalam.. Hanya qurban yang baik di sertai dengan niat yang baik dilaksanakan dengan etika yang betul yang di pilih Allah walaupun pada zahirnya jumlahnya sedikit berbanding persembahan Qurban yang banyak , tapi disertai dengan niat yang buruk dan penuh muslihat...
Allah menegaskan dalam FirmanNya yang bermaksud:"Dan hendaklah ada diantara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, mengajak kepada yang makruf, dan mencegah kemungkaran.."(Ali-Imran : 104)..
6)Amalkan kesederhanaan.. hindari pembaziran...
semoga kita terhindar dari termasuk golongan yang disifatkan oleh ar-Rahman dalam FirmanNya yang bermaksud :" Sesungguhnya orang2 yang melakukan pembaziran itu adalah saudara2 syaithan"
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya sayyidina Umar pernah melihat puteranya pada hari raya ,,sedangkan puteranya itu memakai baju yang sudah usang..Umar menangis lalu puteranya bertanya:"Wahai ayahku! apa yang membuatkan kau menangis?" Umar menjawab:" Anakku! aku khuatiir andainya hatimu sedih bila anak-anak lain melihatmu berpakaian usang begini.." putera Umar berkata lagi:" Sesungguhnya hanya hati orang yang kehilangan ridho Allah dari hatinya yang merasa sedih...atau..orang yang berani terhadap kedua ibubapanya.Dan sesungguhnya aku benar-benar mengharapkan Allah ridho kepada ku berkat ridhomu kepadaku.."
Saudara2ku! Anak2ku!
SAMA2LAH KITA PELIHARA KEMURNIAN AMALAN DAN PENGABDIAN KITA.. SEMOGA SEGALA IBADAT KITA DI SEPANJANG BULAN ROMADHAN.. SYAWAL..DAN SETERUSNYA MENDAPAT KERIDHOAN DAN DI TERIMA DI SISINYA... SEMOGA KITA TERGOLONG HAMBA-HAMBANYA YANG TERUS MENDAPAT PETUNJUK ..KEARAH MERAIH "KEMENANGAN" DAN "KETAKWAAN" YANG SEBENARNYA.
salam Mahabbah..
teruskan muhasabah..
ke arah mardhatillah...
ke arah mardhatillah...
Ulasan