(Hati OH Hati.. )




Bismillahirrahmanairrahim..

" Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang telah mensucikan HATI...dan rugilah org2 yg mengotorinya" (As-syams: 9-10)"

Alhamdulillah.. semakin ramai yang dah sedar betapa penting nya memperbaiki hati ... meluruskannya..mensucikannya.. sebagai wasilah kepada perubahan minda, sikap dan tingkahlaku, seterusnya ke arah reality kehidupan yg lebih di ridhoi...lebih--lebih lagi dgn hadirnya bulan Romadhan yang mulia ini..bulan barokah yang menjanjikan RAHMAH, MAGHFIROH dan "ITQUN MINANNAAAR"(terlepas dari api neraka)..

Allah swt.berfrman yang bermaksud :" Allah tidak akan mengubah (keadaan) suatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka (iaitulah HATI)"

Sebahagian ulamak mufassirin mentafsirkan sedemikian..dengan ertikata lain bahawa kalau nak berubah ,maka persepsi terhadap sesuatu itu kena ubah.. cara berfikir.. keimanan dan keyakinan terhadap sesutu yg diyakini itu kena jelas.. hati kena ikhlas memulakan perubahan.. dan ia mesti selari dengan jalan yang terpimpin dari wahyu dan petunjuk..
PS sering dikemukakan dengan persoalan hati.. menjadi tempat rujuk pulak jadinya.. antara perkara yang ditanya..
Camna nak bersihkan hati dari sifat2 mazmumah ??
camna nak istiqamahkan hati dengan sifat-sifat mahmudah(akhlak terpuji)??
Camna caranya nak kyusuk untuk zikrullah??
Gmana nak didik hati untuk cinta akhirat dan zuhud dunia??
Hmm... terasa diri terlalu kerdil untuk menjawab persoalan2 begini.. Soal2 hati ni bukan persoalan kecil..bukan mudah nak didik hati..bukan mudah nak bersihkan hati yang dah berkarat dengan dosa.. Ana sndiri masih terus bermujahadah untuk itu.. Namun, untuk tidak menghampakan .. Ana rasa terpanggil utk sajikan(secara bersiri..) di ruangan tafakkur ini ,wasiat dari ulamak suffy yang masyhur iaitu syiekh Abd Qadir Jailany sebagai santapan rohaniyy bersama.. Moga2 sedikit sebanyak dapat di jadikan wasilah untuk terus memperbaiki hati yang sakit... dapat menumpaskan nafsu jahat dn terus bermujahadah tuk membuat kebaikkan di dunia sementara ini...


Wasiat Syeikh Abd Qadir Jailany.. (1)
Anakku!!
Hati orang mukmin itu tidak mengetahui mengapa dan bagaimana hendak melayan nafsunya..Bahkan ia mengatakan"Ya,seluruh nafsu itu perlu dimusuhi dan dilawan". Sesiapa yg ingin memperbaiki dirinya hendaklah ia memerangi 'nafsu' sehingga ia aman dari keburukan nafsu kerana keseluruhan nafsu mengajak kpd kejahatan..apabila nafsu diperangi dan tenang maka seluruh nafsu menjadi baik dan mudah meninggalkan seluruh kemaksiatan lalu diucapkan kepadanya ..
" Wahai jiwa yan tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang ridho lalu Allah meridhoinya..masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu..dan masuklah ke dalam syurgaKu!!"(rujuk Alfajr :27-30)
Anakku!!
Tidak samar bg Allah segala bebanan(tekanan) yang ditanggung hambaNya.Barsabarlah sesaat bersamaNya dan kamu telah melihat sifat RahimNya dan dia memberi kenikmatan bertahun-tahun.Keberanian adalah sabar sesaat.. Dengan pertolongan dan kemenangan, bersabarlah bersamaNya.."sedar(insaflah)"lah untukNya..dan jangan lalai kepadaNYa..Jangan lah kamu "sedar" setelah mati kerana sedar dan insaf pd waktu itu tidak brmanfaat lagi bagimu..Insaflah sebelum bertemu denganNya...insaflah sebelum kamu menyesal pd wktu sesal tak berguna lagi untukmu..
Anakku!!
Perbaikilah hatimu kerana apabila hati itu baik, maka baiklah seluruh keadaanmu..Baiknya hati dengan taqwa dan tawakkal kepada rabbul jalil,mengesakanNya dan ikhlas dlm beramal.Tanpa semua itu hati akan mati..Hati adalah umpama 'burung' dlm sangkar, umpanma 'permata' didalam almari..yang dinilai adalah burung bukan sangkarnya..permata bukan almarinya..
"Ya Allah, sibukkanlah anggota2 badan kami denganTAATkepadaMu dan hati kami dengan MAKRIFAT kepadaMu..Sibukkanlah kami dengan nya sepanjang hidup kami..siang kami..malam kami ..dan susulkanlah kami kpd orang2 solleh yang terdahulu.Berikanlah rezeki kpd kami sepertimana rezki yg Engkau anugerahkan kepada mereka..Jadilah Engkau bagi kami sbgaimana Engkau berbuat kepada merka.Ameen..ya Robb"
Wahai Anak !!
Kaum yang solleh itu zuhud terhadap dunia ..mereka mengambil dunia dengan tangan taqwa dan wara'..kemudian mereka mencari akhirat dan beramal dengan amal akhirat(beribadat) ..mereka menntang hawa nafsu,mentaati Allah dan menasihati diri mereka sendiri kemudian orang lain.. Contohi mereka agar Allah melayanmu sepertimana Allah melayan mereka..
Anakku!!
Nasihati dirimu sendiri kemudian nasihat orang lain.Kamu bertanggungjawab ke atas dirimu sendiri..janganlah kamu melampaui menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sisa yang perlu diperbaiki.. "Bgaimana kamu menyelamatkan orang lain sedangkan kamu buta? dan bagaimana kamu nak pimpin orang lain dalam keadaan itu?" ..Yang memimpin manusia adalah orang yang melihat.. yang dapat menyelamatkan mereka dari lautan adalah perenang yang mahir..yang boleh membawa kepada Allah swt adalah org yg makrifat kepada Nya..
Nasihati dirimu bahawa Kamu tidak ada hujjah untuk TAKDIR -Nya ..Cinta dan amalmu untukNya bukan selainNya..dan takutmu kepadaNya bukan kpd selainNya.. Ini semua anakku dilakukan dengan hati bukan dengan gerakan lidah..didalam kesunyian (tika sendiri-sendiri) bukan dalam keramaian (dikhalayak ramai)..
Wahai anak,
Apabila 'tauhid' ada di pintu rumah dan 'syirik' ada di dalamnya , maka itu adalah NIFAQ.. Celakalah kamu seandainya lidahmu bertaqwa sedang hatimu berbuat maksiat(kejahatan).. lidahmu bersyukur sedangkan hatimu berpaling..Allah berfirman :"Wahai anak Adam kebaikanKu turun kepadamu sedangkan keburukkanmu naik kepadaKu"..celakakalah kamu sekiranya kamu mengaku menyembahNya padahal kamu tunduk dn mentaati selainNya... Jika kamu benar2 hambaNya nescaya kamu bermusuhan untukNya dan berkasihsayang keranaNya.. orang mukmin itu tidak mentaati dirinya, syaithannya dan hawa nafsunya..Ia tidak mengenal syaithan sehingga ia mentaatinya dan tidak mengendahlkan dunia sehingga ia merendahkannya dan menuntut akhirat..ia ikhlas beribadah kepada Allah pada seluruh waktunya..ia menghayati firman Allah..(albyyinah:5)..
..... akan bersambung...
Saudaraku!!, wasiat ini ku kongsikan padamu agar pencarianmu ke arah pembersihan jiwa lebih mudah dan jelas..
wasiat ini buat diri ana .. untuk mu dan sesiapa yg ingin mencari damai dalam CINTA YG AGUNG..
bacalah...!!!
hayatilah..!!!
beramallah...!!
yakinilah.. !!!
istiqamahlah.. !!!
Semoga kita sampai ke puncak mardhatillah.. !!!
Ameen ya Robbal A'lamiin.. !!!


Ulasan

Catatan Popular