husnul khatimah Vs su'ul khatimah











Assalamualaikum wrt. wbkt..

Salam Mahabbah..salam muhasabah... SUBHANALLAH!!! MASYAALLAH!!
Tika selesai melihat video klip di atas..terasa bertambah kerdilnya diri di hadapan Allah swt.. bertambah rindu untuk menemuiNya....Ana percaya sebahagian saudara-saudaraku juga telah menyaksikannya..pada yang belum, saksikanlah dengan mata hati.. terimakasih kepada pengusaha2 yg menyebarkan peristiwa ini sebagai tanda kuasa Allah swt.. kematian yang baik(husnul khatimah) dan juga video kematian yang sia-sia..(su'ul khotimah)

Andai kita juga terpilih untuk mengakhiri saat-saat itu dengan ibadah(solat/ sujud/ berceramah/berterawih) ..wahai saudaraku!!Lebih-lebih lagi dalam bulan barakah ini...maka bahagialah kita di kehidupan seterusnya... dan semoga kita terhindar dari kematian yang sia-sia(su'ul khotimah)..

Video klip ini dan banyak lagi tanda-tanda kuasa Allah yg lain sebagai satu lagi wasilah(jalan) Allah nak didik hambaNya ...agar hambaNya mahu gunakan kewarasan minda yg dipinjamkan untuk berfikir dan mengambil pelajaran..
bahawa..

1) Kematian milik semua...(kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, lelki perempuan,tua muda dlll)
" Bagi setiap jiwa yang hidup itu pasti menemui kematian"

2)Kematian tidak boleh ditangguhkan...
"Bila telah tiba saat kematian(ajal) maka mereka tidak boleh
menangguhkannya dan mereka tidak boleh mempercepatkannya"

3)Kematian tidak boleh dielakkan...
"Dimana saja kamu berada , kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada di dalam benteng yang kukuh" ( An-Nisa' :78)

4)Kesudahan hayat manusia ada dua keadaan saja: husnul khotimah(kesudahan yang baik) dan su'ul khotimah (kesudahan yang tak baik)

Saudaraku,

Sama2lah kita mengusahakan agar amal kita melayakkkan kita dijemput oleh malaikat Izrail kelak dalam keadaan yang taat dan baik(husnul khotimah) ..dapat melafazkan kaliimah thoyyibah(syahadat)sebelum ruh diangkat menemuiNya... sentiasalah bersedia setiap detik untuk menerima kemungkinan yang tidak terduga...

Biasanya ..minda awam melihat kematian itu lebih dahulu akan menemui orang tua, orang yang menderita sakit bertahun.. lalu mulalah jiwa muda, badan yang yang sihat meneroka alam panjang angan-angan tanpa sedikitpun merasa bahawa ada satu hakikat yang sentiasa mengintai-ngintai di celah-celah kegembiraannya...kekuatan fizikalnya...kesibukkan aktivitinya...iaitu AJAL yang pasti mengunjunginya tapi x pasti bila..


Rugilah...jiwa-jiwa yang yakin adanya kematian malah takut mati kerana rasa diri belum bersedia...tetapi tetap dalam kealpaan...masih melayani bahana janji manis dunia tanpa pengawalan iman... tidak berusaha meningkatkan kefahaman beragama,memahami hak-hak Allah dan peranannya sebagai hamba... tidak salah jika golongan ini diaanggap TIDAK BIJAK!! Umpama pelajar yang dah tahu di hujung semester pasti ada FINAL EXAM tapi tetap melalui hari-harinya dengan santai-santai atau menyibukkan diri dengan kepentingan lain dari study..apakah student ini BIJAK dalam mengatur hidupnya.??.Nah itu bagi hakikat yang kita sudah tahu tarikhnya... tapi bagaimana pula persiapan kita untuk menemui suatu HAKIKAT yang x pasti tarikhnya? Apakah masih layak untuk kita tangguhkan usaha, bekalan dan persiapan ? apa yang kita tunggu lagi?? tunggu saat nikmat sihat di tarik?..tunggu usia tua baru nak insaf dan atur langkah ibadat yang lebih padat??

Beruntunglah... jiwa-jiwa yang yakin adanya kematian...lalu sentiasa merasa AJAL akan datang menjemput bila-bila masa saja.. Bahagialah lah pemilik hati yang sentiasa berusaha menjadi orang yang bijak seperti sabda rasulullah saw. " orang yang bijak adalah orang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi hari-hari selepas mati." ... yang sentiasa mengingat wasiat baginda kpd sahabat baginda(Abdullah bin Umar.." apabila engkau berada di waktu pagi, jangan lah berbicara kepada hatimu tentang waktu senja...jika engkau berada di waktu senja, janganlah berbicara kapada hatimu tentang waktu pagi. Bersiaplah di masa hidupmu untuk menghadapi waktu matimu.,bersiaplah pada masa sihatmu untuk menghadapi masa sakitmu..kerana engkau wahai Abdullah tidak tahu apa namamu esok"..

Dengan mengingatii hakikat inilah yang akan mendorong seseorang untuk melakukan yang terbaik untuk kehidupannya di dunia dan tidak melupakan persiapan dan bekalan terbaik yang akan dibawanya untuk kehidupan akhirat (yang lebih kekal abadi) .. bagi yang telah sedar, alhamdulillah...moga video klip di atas lebih memantapkan keyakinan yang ada...dan bantulah sahabat2..saudara kita di luar sana... dan bagi yang belum... hentikanlah igauan keliru yang menguasai minda bertahun lama... kembali terima hakikat... dan sentiasalah buat persiapan baru... manalah tahu...mungkin hari ini ...adalah hari terakhir buat kita... ingatlah lah selalu pesan luqman kepada anaknya :' Wahai puteraku, maut adalah sesuatu perkara yang kamu tidak tahu bila ia menjemputmu.bersiaplah!! sebelum ia datang mendadak kepadamu"..



Pada semua... Salam tafakkur... Salam muhasabah... teruskah MUJAHADAH ke arah mardhatillah!!

semoga "hidup mulia mati syahid " jadi milik kita.."

Amiin ya Robb!!!





Ulasan

Catatan Popular