Anugerah di sebalik ujian..

Asykuruka Ya Robb!!!
kerana menghadiahkan awan mendung....yang menemukan aku..
pada indahnya sang pelangi
Asykuruka ya Robb!!!
Di sebalik gerhana yang bermusim..menghiasi lubuk hati..
Ada sinar mentari..menanti penuh erti...
Asykuruka Ya Robb!!!
Di sebalik mehnah yang ku minum..
Ada kesembuhan pada jiwa yang dahaga..
sentuhan mghfirahMu
Asykuruka ya Robb !!!
kerana mengembalikan 'hidup' dan 'jaga'ku..
setelah kian lama..aku 'lena' di buai mimpi
setelah kian lama... hatiku mati dari melihat Nur ..kasih-Mu
Asykuruka ya Robb!!!
tak mungkin dapat ku hitung anugerahMu ..
Di sebalik kesakitan, Kau anugerahkan kesembuhan
Di sebalik kegagalan, Kau anugerahkan kejayaan
Di sebalik kejahilan, Kau anugerahkan hidayah
Di sebalik kekurangan, Kau anugerahkan kelebihan
Di sebalik Kedhoifan, Kau anugerahkan kekuatan
Di sebalik mehnah..terlau banyak ANUGERAH!!
Asykuruka ya Robb !!!
JanjiMu tidak pernah tersasar.. " إن مع العسر يسرى"
Dan kalam hukama' tetap mekar... "إن لكل مهن منن"
(senikata lagu : Anugerah -Nahwannur)
jalan yg berliku ..
telah ku lalui..
juga jalan berbilang simpang..
telah kuredahi..
aku rebah....
aku tersungkur...
lalu bangkit berbekalkan azam
juga iman..darimu Tuhan
untuk meneruskan perjuangan
ANUGERAH.. dariMu Allah
kusalurkan menuju jalanMu
ANUGERAH ..dariMu Allah
dalam mengetuk hati insani
dari kamar sepi ini..
kusenandung puisi lagu rindu..
untukMu Tuhan.. yg ku agungkan
demi kasih dan cinta ini
ANUGERAH dariMu Allah
kusalurkan menuju jalanMu
ANUGERAH dariMu Allah
dalam mengetuk hati insani
tabah dalam mengharungi
segala cabaran dan dugaan
moga di suati hari nanti..
perjuangan tersemat di hati
terbinalah impian indah
yg tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita
Ulasan
besar sungguh hikmah dibalik ujian itu...kerana kasihNYA pada hamba2nya....kerana DIA MAHA PENYAYANG LAGI PENGASIH.....
tiada duka yg abadi....
Yakinilah.. Janji Allah tak pernah tersasar..
Di sebalik menhnah.. ada Anugerah..
Tiada Duka Yang Abadi.. agar kita sering berdoa padaNY..
Tiada Bhagia yang abadi..agar kita tak pernah lupa padaNya..
Duka dan bahagia..bagaikan malam dan siang..silih berganti.. mewarnai kanvas hidup kita..