bicara suffy( 2)








(Wasiat dari Syeikh Abd Qadir Jailaniy)





Anakku..
marilah kita merendahkan diri kepada Allah, kpd taqdir dan perbuatanNya.. Kita tundukkan kepala.. zahir kita..bathin kita.Kita setujui taqdir dan memuliakannya kerana Zat yang mengutusnya..
Wahai anak,
Bertaqwalah..berpeganglah dengan batas-batas syara' , hindarilah nafsu, syaithan dan teman-teman yg jahat..seorg mukmin, tika memerangi hal itu.. ia sentiasa bermujahadah.. ia tidur sprt tidurnya kaum suffiy..ia makan sprt mereka makan..sedikit bicara dan banyak membisu...
Annakku,
bersyukurlah kpd Allah swt atas nikmat-nikmatNya dan lihatlah nikmat-nikmat itu daripadaNya..
rennuglah firman Allah .. An Nahl : 53.. Dimanakah syukur itu wahai org2 yg melihat nikmat-nikmatNya?
Whi org2 yg melihat nikmat2 Allah dari selainNya..
sesekali kamu melihat nikmat2 itu dari selainNya..sesekali kamu menganggap nikmat itu sedikit dan kamu menunggu(mgharapkan) apa yang tidak untukmu dan sesekali kamu gunakan nikmat2 itu untk maksiat kpd Allah..
Dalam 'khalwat'mu anakku,kamu perlukan kewarakan yg mengeluarkan kamu dari maksiat2..kamu perlukan muraqabah(pengawasan) yg mengingatkan kamu akn pndgan Allah swt kpdmu..dan kamu perlu 'berperang' dgn hawa nafsu dn syaithan..
Runtuhnya kebanyakkan manusia krn tergelincir, runtuhnya org yg zuhud kerana syahwat.. dan runtuhnya org2 yg jujur disebabkan ole hal2 yg sekejap
Wahai anak,
tinggalkanlah hawa nafsu dari kamu.. celaka kamu,wahai nafsu yg munafiq, dusta, kafir, berbuat jahat.. mk bagimn kamu duduk bersamanya? lawanlah 'nafsu' itu, dan jgn kamu menyutujui(mematuhi)nya dan jgn pula kamu mninggalkannya(menghapuskannya) .Tahanlah nafsu itu dan tunaikan haknya yg mesti untuknya. Paksalah ia dengan mujahadah...
Adapun 'nafsu' anakku, maka tunggangilah(kuasai) dia ..dan jangan biarkan ia menunggang(menguasai) kamu..sedgkan 'naluri' itu pula..maka jgnlah kamu temani ia, keanan naluri itu anak kecil yg tidak berakal... Bagaimana kamu belajar dari anak kecil dan kamu menerima drpnya?...
Syaithan adalah musuhmu dan musuh ayahmu Adam a.s. mk bagaimanakah antara kamu dan dia trdapat darah permusuhan sejak dulu lagi..yg mana kamu tidak aman daripadanya kerana dia telah memerangi ayah dan ibumu(adam dan hawa)..oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai pedangmu, mentauhidkan Allah, takut padaNya, warak dalam khalwat, jujur dan memohon prtolongan Allah itu sebagai tenteramu.. senjata dan bala tentera inilah yg mengalahkannya, menghancurkan dan memporakperandakan tenteranya..
Bagaimana kamu tidak boleh mengalahkannya sedangkan keberanian ada bersamamu?..
akan bersambung .....
Renungilah wasiat ini.dengan mata hati..
jadikan ia intisari muhasabah sebelum tidur..
sudah tulinkah.. pengabdian kita?
ikhlaskah amalan kita?
tawadhuk kita untuk siapa?
seriuskah kita dalam menyalahi tuntutan nafsu atau masih jadi
hamba nafsu?
siapa idola kita? org yang ikut hawa nafsu atau para suffiy?
Tanya diri.. cari jawapan yang pasti..
kemudian jadilah orang yang cerdik..
yang tidak sengaja masuk kelubang yang sama...
yang mahu mengambil pelajaran dari pengalaman sendiri dan org lain..

*******selamat BERMUJAHADAH *****

Ulasan

Catatan Popular