Bicara suffy (3)




Wasiat dari waliyullah.. Syeikh Abd Qadir Jailany
Anakku!
Bertaubat lah dari dosa-dosamu dan bersegeralah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia dan Maha Besar..Apabila kamu bertaubat, maka betaubatlah secara zahir dan bathin..Lepaskanlah pakaian maksiat dengan taubat yang murni.Malu kepada Allah adalah hakikat bukan kiasan..Ini termasuk perbuatan hati setelah sucinya anggota-anggota badan dgn amal-amal syarak..Orang yang bertaubat itu mempunyai tugas..dan hati juga mempunyai tugas..hati yg bertaubat itu , .keluar dari permasalahan dan mencari pemilik(Robb)nya..apabila ia berada dalam keadaan ini..hati akan bekata:”(iaitu tuhan)yg telah menciptaku..maka Dialah yang memimpinku.(”asy-Syura:78)
Dia memimpin dari satu pantai ke satu pantai yang lain,. dari satu tempat ketempat yang lain sehingga ia berhenti di jalan yang lurus..setiapkali ia ingat Tuhannya,maka jelaslah jalannya dan hinlanglah keraguan daripadanya..Hati orang yang mencari Robbnya akan menempuh jarak dan meninggalkan semua yang telah dilaluinya…Apabila ia merasa takut datangnya kehancuran di dalam perjalannya,maka tampillah keimanan lalu ‘iman’ itu meningkatkan keberaniannya sehingga terpadamlah api kegelisahan dan ketakutan..lahirlah gantinya..iaitu nuur ketenangan dan indahnya muraqabah kpd Allah swt..
Wahai anak!
Apabila penyakit datang kepadamu, hadapilah ia dengan penuh kesabaran sehingga engkau menemukan ubat(yang sesuai)..Bila kau temui ubat,maka hadapilah dengan rasa syukur..apabila kamu berada dalam situsi ini, maka kamu berada di dalam kehidupan yang segera.Takut terhadap neraka itu memutuskan hati(keinginan) orang2 mukmin terhadap dunia, memucatkan wajah mereka(takut)dan menyusahkan jhati mereka.. ketika itu, Allah akan melimpahkan aiar RahmahNya dan kasihsayangNya di dalam hati mereka.. lalu terbukalah pintu2 akhirat sehingga mereka merasa tenang(aman)..
Wahai anak, jgnlah cita-citamu terfokus hanya pada apa yang kamu makan ..yang kamu minum,.yang kamu pakai..yang kamu diami dan pada harta yang kamu kumpulkan..krn semua itu adalah cita-cita nafsu dan naluri..
Dimana kah cita-cita hatimu..iaitu mencari Dia dan cintaNYa??
Nilai cita-citamu adalah apa yang menjadi cita-citamu,anakku!! Sesungguhnya dunia ada gantinya..iaitu akhirat,,dan makhluk juga ada gantinya iaitu Khaliq..Setiapkali kamu meninggalkan sesuatu dari dunia ini, maka pasti ada gantinya yang lebih baik di akhirat ..anggaplah bahawa sisa umurmu tinggal hari ini saja,.lalu buatlah persiapan untuk menghadapi malaikat maut..untuk menghadapi akhirat yang setia menanti..Bagi suffy,dunia adalah masakan dan akhirat adalah majlis keramaiannya..
Anakku!
Jangan jadi pendusta..mencintai Allah hanya bila nikmat melimpah..tetapi,bila ujian menjelma, kamu lari seolah-olah Allah bukan kekasihmu..Sesungguhnya jiwa ‘hamba’ seseorang itu akan terserlah jika dia di uji..Jika datang ujian-ujian Allah, sedangkan kamu tabah,maka kamu adalah pencintaNya,,jika kamu berubah,maka jelaslah pendustaan itu..
….Datang seorang lelaki kpd Rasulullah lalu ia berkata:”Wahai Rasulullah! sesungguhnya, aku mencintai engkau” maka baginda bersabda:”persiapkanlah jilbab(pakaian) untuk menghadapi kefakiran”dan datang lagi sorang lelaki lain kpd Rasulullah,lalu dia berkata:” Sesungguhnya, saya cinta kpd Allah”,maka baginda bersabda:”Ambillah jilbab(pakaian)untuk menghadapi cubaan(ujian)”
Cinta kepada Allah dan RasulNya itu,anakku akan disertai dengan kekurangan,.kemiskinan dan ujian demi ujian..Oleh kerana itu sebahagian orang2 solleh berkata:
“Ujian itu akan diserahkan kepada kecintaan agar tiada dakwaan.Jika tidak demikian,maka setiap orang akan mendakwa ‘cinta’ pada Allah.. Maka ketabahan terhadap cubaan dan kemiskinan adalah sebagai perhatian(penapis) atas kecintaan ini..”
Firman Allah swt:”Dan di kalangan mereka ada yang berdoa,”Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat..peliharalah kami dari api neraka..”(al-Baqarah:201)
…..akan bersambung…..
-di sunting dari kitab:”Wasiat S.A.Q.Jailani” sebagai renungan dan panduan buat…
jiwa2 yang rindukan ketenangan hakiki..
jiwa2 yang dambakan kasih robbaniy..
jiwa2 yang sentiasa gelisah dengan hambatan mehnah duniawy..
jiwa2 yang mencari jawapan tentang persoalan hati yang luhur murni..
jiwa2 yang masih kotor dengan penyakit2 ruhaniy…
moga usaha sekecil ini… menjadi wasilah untuk kita terus mencari diri kita..
membersihkan hati2 dari karat dosa maksiat hati.. menuluskan kecintaan pada pencipta cinta itu sendiri..dan tidak tertipu lagi dengan pujuk rayu dunia yang mengasyikkan..
Salam mahabbah..salam muhasabah..
Tingkatkan usha.. kearah Taqwa…
Salam…

Ulasan

Catatan Popular